Pensyarah Pukul Pelajar Perempuan Guna Batang Besi .

Seorang pensyarah telah dikatakan bertindak agak keterlaluan dalam menghukum pelajarnya dengan menggunakan batang besi untuk memukul pelajar yang didapati lambat hadir ke kelasnya.

HANYA kerana lambat, beberapa pelajar perempuan dari Universiti Sains Elektronik dan Teknologi di China telah dipukul dengan batang besi oleh pensyarah mereka.

Pensyarah terbabit yang dikenali sebagai Nie bagaimanapun telah dibuang kerja selepas video yang merakamkan dia memukul pelajar terbabit menjadi tular di media sosial.

Rakaman eksklusif itu dimuat naik dalam forum pelajar yang dinamakan sebagai ‘Sichuan high school headline’ pada 9 Jun lalu.

Ia memperlihatkan bagaimana seorang pensyarah yang memakai pakaian seragam tentera telah memukul tangan pelajarnya sebanyak lima kali dengan besi hinggakan tangan mereka menggeletar akibat kesakitan.

Menurut saksi, Nie, yang merupakan bekas anggota tentera mengajar subjek penerbangan dan dia menjadi marah kerana pelajar terbabit lambat hadir ke senaman pagi.

Ia juga dilaporkan bukan kali pertama dia memukul pelajar.-Suara.TV

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.