Penjual Aiskrim Ditahan Cabul Budak Berusia 8 Tahun.

Banyuwangi - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun telah di cabul oleh seorang penjual aiskrim dan kejadian di percayai berlaku di Bandar Baru Permas Jaya.

Peniaga ais krim yang dikenali sebagai Masduki berusia 37 tahun tergamak mencabul kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun itu yang merupakan anak jirannya sendiri dalam kejadian yang berlaku pada hari Sabtu yang lalu.

Melalui maklumat yang diperolehi, tertuduh melakukan perbuatan terkutuk tersebut pada pukul 9 pagi di rumahnya sendiri selepas tertuduh mengajak mangsa pergi ke rumahnya untuk tujuan bermain, manakala mangsa yang tidak mengetahui apa-apa itu terus mengikuti mangsa untuk bermain di rumah suspek.

Kebetulan pada masa itu isteri suspek tidak berada di rumah mereka kerana isteri suspek telah pulang ke kampungnya di Jember.

Mengikut sumber yang di percayai, mangsa sememangnya telah mengenali suspek dan rapat dengannya menyebabkan tertuduh dengan senangnya memperdayakan mangsa.

Mengikut laporan pihak polis, AKP Ibnu Mas'ud mengikut keterangan suspek dia berkata, "Mangsa hanya diam sahaja ketika dipeluk dan diraba oleh tertuduh sehinggakan tertuduh meneruskan sahaja perbuatan terkutuknya itu."

Lega kerana kelakuannya itu tidak ada sebarang bantahan, suspek kemudiannya bertindak mencabuli mangsa sehinggakan mangsa menangis kerana kesakitan.

Tertuduh yang panik kerana mangsa menangis terus berusaha memujuk mangsa dengan memberikan mangsa ais krim percuma bagi memujuk mangsa dari terus menangis tetapi tidak berjaya meredakan tangisan mangsa.

Mangsa kemudian pulang ke rumah dan menceritakan kejadian yang di alaminya kepada Maryati yang merupakan ibu saudaranya.

Maryati yang terkejut selepas mendengar cerita anak saudaranya terus melihat kemaluan anak saudaranya itu dan amat terkejut kerana seluardalam mangsa serta kemaluannya terdapat kesan darah.

Maryati segera melaporkan perkara tersebut kepada ketua kampung dan akhirnya kes terbabit sampai ke balai polis di kampung berkenaan.

Mangsa telah di bawa ke hospital bagi menerima rawatan serta membuat ujian bagi mengesahkan telah menjadi mangsa cabul.

Mangsa telah di bawa ke balai polis untuk di ambil keterangan selepas pihak hospital telah mengeluarkan pengesahan bahawa mangsa telah dicabul.

Saksi kejadian yang melihat mangsa keluar dari rumah tertuduh dalam keadaan menangis sambil membawa ais krim juga di soal siasat bagi membantu siasatan.

Setelah menerima keterangan saksi serta mempunyai bukti yang lengkap, akhirnya pihak polis bertindak menahan tertuduh, "tertuduh di tahan ketika sedang menyimpan duit hasil jualan ais krimnya di Wilayah Kampung Jambesari, Giri." jelas pihak polis.

Tertuduh bakal di kenakan hukuman yang setimpalnya atas perbuatannya mencabul kanak-kanak bawah umur.-Wartawan Jalanan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.