Pelajar UPNM Didera Menggunakan Seterika Sehingga Maut.

Kes buli pelajar junior tak pernah hilang, tiap-tiap tahun ada saja kes buli yang di laporkan membabitkan kes buli yang melampaui batas sehinggakan ada yang menyebabkan kehilangan nyawa yang tidak berdosa.

Tidak pernahkah mereka fikirkan apa perasaan orang tua mangsa buli tersebut serta akibat daripada perbuatan tidak bermoral mereka itu.

Itulah yang berlaku kepada seorang pelajar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah meninggal dunia gara-gara didera dengan rakan menggunakan seterika wap, petang semalam.

Pelajar tersebut dikenali sebagai Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21 tahun, merupakan pegawai kadet laut tahun tiga.

Beliau dipercayai mempunyai  kesan melecur apabila seterika wap ditekap di bahagian dada, kaki serta tangannya.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mengesahkan perkara ini melalui satu muatnaik status di akaun twitter miliknya.

“Innalillah… sedih dan pilu pagi ini dengar berita kematian Pegawai Kadet Laut @upnm, Zulfarhan Osman bin Zulkarnain. Al Fatihah.

“Saya telah arahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan UPNM untuk jalankan siasatan dengan kadar segera. Tiada siapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah, ” tulis beliau.-suaratv

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.