"Orang Melayu Berbudi Bahasa, Orang Salah Ditegur, Gangster Bukan Budaya Kita.

Selepas kecoh di media sosial mengenai anak jati negeri Kedah yang mengamuk selepas merasa tidak berpuas hati dengan loghat yang di gunakan dalam drama Mak cun, Emma Fatimah telah tampil menmberikan penjelasan berhubung perkara terbabit.

Menurut laporan mStar Online, pelbagai kritikan pedas diberikan terhadap semua barisan pelakon yang menganggap loghat utara disampaikan 'over' sehingga ia kedengaran menghina.

Ekoran itu ada pula pihak yang ingin menampar muka Mak Cun kerana tidak berpuas hati.

Pelakon dan pengarah, Erma Fatima ketika dihubungi mStar Online kesal dengan segelintir pihak yang menghemtam program itu sehingga ada yang hendak menampar mukanya!

Kata Erma, dia sentiasa terbuka terhadap teguran dan kritikan membina bagi memperbaiki kelemahan yang ada pada Mak Cun namun biarlah ia kena dengan gayany

"Kenapa pula hendak menampar saya?

"Orang Melayu berbudi bahasa, orang salah ditegur, diajar...gangster bukan budaya kita.

"Orang Kedah Semua Rasa Nak Tampaq Dia,"

"Salah sikit je nak pukul nanti makin banyak anak-anak kita jadi pembuli.

"Jadi jangan tampar Mak Cun, kesian Mak Cun dah tua," katanya.

Bagaimanapun kata Erma yang kini berada di Milan, Itali memohon maaf sekiranya ada pihak terguris gara-gara tidak berpuas hati dengan gaya percakapan loghat utara dalam Mak Cun dan memberitahu sudah memberikan yang terbaik untuk program tersebut.

"Kepada yang marah saya tu, saya minta maaf. Saya hanya berlakon dan cuba berikan yang terbaik.

"Sampaikan juga salam maaf saya pada yang nak tampar muka saya tu.

"Kami yang berlakon dalam Mak Cun semua bukan orang utara jadi memang makan masa hendak fasih loghat Kedah," katanya.

Dirisik mengenai pemergiannya ke Itali, Erma bagaimanapun enggan mengulas lanjut namun pengikutnya di Instagram meneka ia ada kaitan dengan Mak Cun.

"Hahhhhh..Mak Cun ada misi baru. Hangpa nak tau tak Mak Cun pi mana?

"Bye semua, sedihnya Mak Cun tak dapat nak raya kat Malaysia puas-puas demi tugas.
"Pertama kali raya di luar negeri...tak suka," tulisnya di Instagram.

Raya Sakan Mak Cun yang ditayangkan secara langsung pada 24 Jun lalu di TV3 bersempena Aidilfitri.

Program bual bicara itu menampilkan Mak Cun (Erma Fatima) dengan gandingan pelakon lain seperti Atul (Balkisy Samundur Khan), Manisah (Datin Umie Aida), Pak Akob (Datuk Rahim Razali), dan Kumin (Adik Haidar). - mStar Online

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.