Nabil Berang, "Pergi Belajar Mengucap Balik Budak Banggang"

Kecoh di media sosial apabila pengacara dan pelawak Nabil Ahmad di sindir oleh peminat Fattah Amin di instagram.

Menurut laporan MEDIA HIBURAN, Jika minggu lepas kecoh tentang perang dingin antara Neelofa dan Fattah Amin yang hangat diperkatakan oleh para netizen kerana tidak muncul dalam program Meletop. Kali ini Nabil pula mula bersuara dan meluahkan perasannya.

Hal ini kerana, secara tidak langsung pengacara dan pelawak ini turut terkena tempiasnya apabila salah seorang peminat fanatik Fattah telah menghantar satu link berkaitan tentang isu ketidakhadiran pelakon yang namanya kian naik itu.

Apa yang lebih menghangatkan apabila peminat tersebut tag nama kedua-dua pengacara Meletop tersebut dengan meninggalkan mesej ‘Jadikan iktibar’.

Berang dengan tindakan tersebut, Nabil telah memuat naik gambar mesej daripada peminat itu dan meletakkan caption ketidakpuasan hatinya terhadap sesetengah individu yang terlalu fanatik meminati selebriti.


Walaubagaimanapun, posting hangat ini telah dipadam sebaik sahaja ia mendapat perhatian ramai. Malah, Nabil juga sempat muat naik sebuah video bersama anaknya dan meletakkan caption yang cukup jelas dan padat.
A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on
Katanya, sebagai ‘orang industri’ niat mereka hanyalah sekadar untuk menghibur dan sekirannya menjadikan mereka sebagai idola, pastikan ambil pekara yang baik dan jadikan teladan ke atas kesilapan yang telah dilakukan.

Ahmad Nabil Ahmad bekas juara Raja Lawak 2008, sempat meminta maaf pada semua peminat jika ada terasa hati dengan tindakkannya itu dan berharap agar peminat tidak mengagung-agungkan selebriti pujaan dan menganggap lebih baik jika mereka sekadar diminati dan disayangi.

Terdahulu, Michael Ang pernah merakam satu video pendek menjelaskan mengapa Fattah dan Fazura tidak hadir ke program temu bual Meletop dan meminta peminat #Fattzura untuk tidak mengamuk serta berhenti menghentam Neelofa yang tiada kena mengena. - MEDIA HIBURAN
A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.