Motorsikal Langgar Lari Kanak-kanak Lelaki.

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak lelaki dikatakan telah dilanggar lari oleh sebuah motorsikal dalam satu kejadian  yang berlaku pada malam Khamis yang lalu.

Mengikut keterangan saksi, kejadian tersebut berlaku di persimpangan pusat beli-belah The Strand Kota Damansasra, mangsa yang dikenali sebagai Rayfan cedera di bahagian kepala, kedua-dua tangan dan hidungnya mengeluarkan darah.

Gambar-gambar mangsa tersebut telah di muat naik oleh Ash Halip yang merupakan rakan kepada bapa mangsa, menurut kenyataan beliau mangsa telah dilanggar oleh sebuah motorsikal yang kemudiannya bertindak melarikan diri tanpa menghiraukan mangsa yang mengalami kecederaan akibat pelanggaran tersebut.

Bagaimanapun penunggang motorsikal terbabit tidak menyedari bahawa nombor pendaftarannya di bahagian belakang telah tercabut dalam kejadian tersebut dan itu menjadikan bukti kepada pihak polis untuk bertindak mengesan suspek tersebut.

Menurut siasatan pihak polis berdasarkan nombor pendaftaran tersebut telah mendapati susupek mempunyai empat saman lalu lintas yang tertunggak serta insurans motor yang telah lama tamat tempoh.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Dan Perundangan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Kamaluddin Mohammad berkata sehingga kini masih tiada sebarang laporan polis diterima berhubung kejadian tersebut.

Dalam usaha pihak polis menjejaki suspek, pihak polis meminta kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian mahupun suspek segera menghubungi talian hotline 03-20529999 ataupun boleh melaporkannya di balai polis yang berhampiran.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.