Lelaki Tetak Isteri Dan Anak Sehingga Maut.

Medan: Seorang lelaki telah menetak isteri serta anaknya sehingga maut hanya kerana dikatakan isteri suspek telah berlaku curang di belakangnya.

Mengikut keterangan saksi yang melihat kejadian ngeri tersebut memberitahu bahawa hanya tinggal kulit sahaja yang menjadi penyambung antara kepala dan jasad isteri mangsa.

Nurdin 59 tahun merupakan suspek dikatakan berada di bawah pengaruh minuman keras ketika menetak leher isteri serta anak gadisnya dengan menggunakan kapak dalam kejadian pada Sabtu yang lalu.

Isterinya dikenali sebagai Romelli 46 tahun maut di tempat kejadian dipercayai ditetak di bahagian leher, kepala dan tangan manakala anak gadis suspek Rastiur Marito 18 tahun maut dengan keadaan tangan terputus serta terdapat luka tetakan di leher mangsa. 

Pihak polis Kualuh Hilir labuhan batu AKP Joni berkata, mayat Romelli serta Rstiur ditemui dalam keadaan yang amat mengerikan kerana kepala Romelli didapati hampir terputus manakala mayat Rastiur ditemui dengan tangan telah terputus.  

Menurut pihak polis, motif pembunuhan tersebut dipercayai adalah kerana cemburu kerana suspek dikatakan cemburu dengan isterinya yang selalu bermain telefon serta berbalas mesej dengan seseorang individu yang tidak dikenali.

Suspek yang membaca mesej-mesej isterinya yang begitu mesra dengan individu tersebut membuatkan dia merasa cemburu malah isterinya itu turut berkata kepada suspek bahawa dia telah menganggap bahawa dirinya itu merupakan seorang janda dan mengatakan bahawa suspek bukan lagi suaminya.

Akibat daripada perbuatan serta kata-kata yang menyakitkan hati tersebut menyebabkan suspek bertindak menetak mangsa serta anaknya.

Penduduk yang menyedari perbuatan suspek tersebut hampir menjatuhkan hukuman sendiri kepada beliau namun begitu suspek berjaya melarikan diri ke rumah ketua kampung untuk menyelamatkan diri sebelum dia diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.