Kumpulan Samun Dan Rogol Wanita Di Klang Berjaya Ditahan.

Kapar – Minggu lalu kecoh kes isteri yang di samun dan dirogol oleh perompak manakala suaminya pula tidur di ruang tamu rumah ketika perompak memasuki rumah mereka.

Berikutan kes terbabit, pihak polis telah menahan kumpulan ‘Geng Ball Bearing’, yang didakwa merupakan suspek yang sama menyamun dan merogol mangsa, di Plaza Tol Shapadu, Klang, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, geng berkenaan yang dianggotai tiga pendatang tanpa izin (PATI) dikesan selepas seorang daripada suspek, menyamun dan merogol seorang wanita berusia 34 tahun, pada 7 Jun lalu.

Dalam kejadian itu, wanita terbabit dirogol seorang daripada suspek, manakala dua lagi menunggu di luar bilik mangsa.

Ketika kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa tidur di dalam biliknya, manakala suaminya tidur di ruang tamu. Suspek mengugut akan membunuh suami mangsa jika dia menjerit.

Mohd Yusoff berkata, berdasarkan laporan, suspek yang sama juga mencabul seorang lagi mangsa samunnya di Meru, 27 Mei lalu.

“Bagaimanapun, mangsa berusia 20-an itu hanya dicabul di bahagian dada selain dipaksa untuk memegang kemaluan suspek.

“Suspek tidak sempat untuk merogolnya selepas ibu mangsa merayu supaya anaknya tidak diapa-apakan,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Ketiga-tiga suspek ditahan reman sehingga 20 Jun ini.

Mohd Yusoff berkata, kumpulan berkenaan digelar ‘Geng Ball Bearing’ kerana mereka dikatakan memasukkan bebola besi dalam kemaluan bagi mendapatkan kepuasan ketika merogol mangsa.

Katanya, berdasarkan pengakuan, suspek mengaku memasukkan bebola besi itu ketika berada di dalam penjara kerana berkhalwat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 376 KK. – BH Online

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.