Kisah Sebenar Warga Emas Dipukul Perniaga Roti John.

Apalah nak jadi ini, sepatutnya di bulan mulia ini kita seharusnya perbanyakkan bersabar bukannya terlalu mengikutkan hati, buat habis hilang pahala puasa saja bergaduh.

Ini berikutan kecoh semalam di media sosial seorang warga emas telah di pukul oleh peniaga Roti John tetapi hari ini seorang individu telah tampil memberikan penjelasan mengenai kejadian tersebut.

Warga emas tersebut dikatakan telah mengalami cedera di bahagian kiri kepala dan lebam mata kiri dalam kejadian petang semalam, sewaktu umat Islam hampir berbuka puasa.

Menurut anak mangsa, bapanya yang berumur 60 tahun itu sebelum kejadian telah datang ke kedai Roti John dan meminta penjelasan dari peniaga terbabit. Namun mangsa telah dipukul.

“Ini ayah saya. Tengoklah apa yang dia buat pada ayah saya. Sanggup pukul orang tua berumur 60 tahun yang tengah duduk atas motosikal ketika waktu hampir berbuka puasa,” kata anak perempuannya.

“Saya mengaku mulut ayah saya ‘bising’ tetapi mesti ada sebabnya kenapa ayah berbuat demikian. Dia pergi minta penjelasan dari individu itu dan yang pasti bukan dia yang mula menyentuh atau memulakan ‘drama’ ini,” katanya.

Difahamkan kedua-dua pihak telah membuat laporan polis yang sama pada hari kejadian.

Memandangkan isu ini telah menjadi semakin panas, seorang individu yang dikenali sebagai John domingo  telah tampil menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku ketika kejadian.

John domingo mengatakan bahawa warga emas terbabit telah datang ke kedai tersebut dan melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya terhadap peniaga berkenaan. Namun begitu individu tersebut turut menafikan bahawa mangsa telah dipukul sehingga mengalami kecederaan teruk.

“Dia terluka sebab terjatuh dari motosikal, bukannya dipukul,” katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.