Kes Pemandu Uber Dibelasah, Polis Lengkapkan Laporan akhir.

GEORGE TOWN –Siasatan berhubung kejadian yang membabitkan seorang pemandu Uber yang di belasah oleh sekumpulan lelaki kerana di tuduh melakukan pencabulan terhadap seorang wanita vietnam telah sampai ke penghujungnya.

Pihak polis telah melengkapkan kertas siasatan kes seorang pemandu Uber yang cedera dipukul sekumpulan lelaki selepas didakwa mencabul wanita Vietnam di Paya Terubung di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya esok dengan cadangan mereka yang terlibat didakwa di mahkamah.

Katanya enam lelaki berusia 29 hingga 40 tahun yang direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan kes pukul pemandu Uber itu dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau berkata pemandu Uber berusia 29 tahun pula akan tamat reman esok manakala wanita Vietnam berumur 43 tahun kini masih direman oleh Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang kerana masih dalam siasatan untuk dapatkan laporan pasportnya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang Selasa itu, pemandu berkenaan dibelasah lebih 10 lelaki selepas didakwa membuka seluar dan menarik tangan mangsa supaya memegang kemaluannya ketika membawa wanita berkenaan dari Lintang Paya Terubong ke Agryll Road, Georgetown. – BERNAMA

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.