Kantoi Ayat Gadis Sabah, Biasalah Lelaki Memang Gatal - Datuk Red

Sebelum ini Adira ada mengeluarkan kenyataan bahawa dia pasrah jika suaminya itu berubah arah kerana bentuk badannya bukan seperti sebelum dia melahirkan anak.

Terkini pula telah kecoh di media sosial suaminya itu telah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang gadis lain pula dan berita tersebut telah diselitkan dengan bukti perbualan antara suaminya dengan gadis berkenaan.

Suami Adira tersebut dikatakan telah cuba mengorat seorang gadis Sabah dan cerita tersebut telah di viralkan di media sosial.

Tidak bersandiwara dan berterus terang, suami Adira AF iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali dengan gelaran Datuk Red mengakui bahawa screenshot perbualan dia dan seorang gadis tersebut adalah datang dari dirinya sendiri.

“Itulah, salah seorang staff saya ada tunjukan screenshot pasal cerita itu. Apa yang boleh saya katakan cerita itu memang benar terjadi. Saya percaya, ini mesti kerja-kerja ‘nakal’ staff saya. Buat pengetahuan ada dua orang staff yang memang tahu kata laluan akaun Instagram dan Facebook saya”

“Biasalah lelaki memang gatal, saya faham, ada masa mereka ini memang nakal sikit. Tetapi setelah gadis tersebut berikan gambarnya dan kami rasa ia agak tidak ada apa yang menarik jadi kami pun tidaklah panjangkan cerita dan habiskan di situ sahaja,” katanya kepada Media Hiburan.

Selain itu, menurut Datuk Red, ketika perkara tersebut tersebar, dia bersama isteri pertamanya. Oleh kerana isteri pertama sudah faham sangat perangai suaminya itu, dia langsung tidak mengambil kisah mengenai perkara tersebut.

Namun bagi Adira, Datuk Red perlu berjumpa dan menerangkan perkara sebenar sebelum Adira mengetahui perkara tersebut daripada orang lain.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.