Kakak Menjerit Sekuat Hati Melihat Adik Nyris Dirogol

“Tiba-tiba keadaan jadi gelap-gelita dan semua lampu serta kipas terpadam. Saya dengar bunyi tapak kaki dan bising suara ibu serta adik minta tolong menyebabkan saya menjerit macam orang histeria,” katanya.

Siapa sangka jeritan kuat seorang kakak berjaya menyelamatkan adik perempuannya dari menjadi mangsa rogol lelaki yang menceroboh rumah mereka.

Kejadian yang berlaku di Kampung Wakaf Tanjung Hilir, Kedai Lalat, Jumaat lalu, membuatkan tiga beranak itu trauma.

Menurut laporan Sinar Harian, Remaja berusia 18 tahun itu terlebih dahulu menjerit apabila lehernya dicekik dengan kuat oleh penjenayah yang masuk ke rumah mereka pada jam 2.50 pagi.

Ibu mereka dikenali sebagai Azizah, 45, berkata, dia baru sahaja terlelap di sebelah anak keduanya itu di bahagian dapur rumah dalam keadaan televisyen yang masih terpasang.

Katanya, anaknya yang juga penuntut sebuah kolej tersebut tiba-tiba menjerit dan sempat meronta lalu merangkul tubuh erat Azizah.

“Saya bangun dalam gelap dan berpaling ke belakang serta ternampak samar-samar bayang seorang lelaki mengacu parang ke lehernya. Saya turut menjerit, namun suara kami tidak terlalu kuat kerana ketakutan,” katanya.

Dalam masa yang sama, anak sulungnya yang berusia 19 tahun sedang berada di dalam bilik mendengar bunyi bising di dapur bertindak menjerit sekuat-kuat hatinya.

Remaja terbabit berkata, ketika itu dia belum tidur dan berada di dalam biliknya menyedari ada seseorang menutup televisyen.

“Saya berasa pelik sebab ibu biasanya akan mematikan televisyen sekitar jam 4 pagi selepas rancangan terawih di Mekah. Saya keluar melihat adik dan ibu tidur yang di dapur dan masuk semula ke dalam bilik.

“Tiba-tiba keadaan jadi gelap-gelita dan semua lampu serta kipas terpadam. Saya dengar bunyi tapak kaki dan bising suara ibu serta adik minta tolong menyebabkan saya menjerit macam orang histeria,” katanya.

Azizah berkata, mendengar jeritan kuat anak sulungnya itu menyebabkan lelaki terbabit melepaskan mangsa dan lari ikut pintu belakang dengan menggunakan motosikal, namun kemudian terjatuh kerana terkejut melihat jiran Azizah yang sedia memegang kayu.

“Kebetulan jiran saya tu baru balik ke rumah dan sedang makan sebelum terdengar jeritan anak sulungnya itu lalu mencapai kayu di hadapan rumah. Lelaki itu kemudian lari ke dalam semak di belakang rumah,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu kali ketiga berlaku ke atas mereka sekeluarga.

Sebelum ini, rumahnya pernah di pecah masuk dan dia kerugian barang kemas puluhan ribu ringgit.

“Saya tetap bersyukur anak saya selamat dan hanya mengalami luka ringan di jari tengah, calar dahi dan belakang telinga serta lebam pada leher kesan daripada cekik yang terlaku kuat,” katanya.

Katanya, penjenayah itu juga tidak sempat melarikan apa-apa barang berharga miliknya dan mendakwa suspek sudah beberapa hari mengintai mereka sebelum kejadian itu.

“Dalam dua, tiga hari ini saya dengar bunyi tapak kaki di belakang rumah. Saya bergurau bagitahu anak, Lailatulqadar sedang keliling rumah kita, rupa-rupanya penjenayah.

“Rumah saya terletak bersebelahan masjid dan di tepi masjid ada mesin air. Selain banyak kecurian duit mesin air, duit tabung masjid pun mereka curi,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Hassanudin Hassan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan sudah menahan suspek pada 1 Syawal lalu kerana dipercayai terbabit dengan kejadian berkenaan.

“Lelaki berusia 26 tahun tersebut memiliki lima rekod lampu bersabit kesalahan dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 455 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dan menyebabkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun,” katanya. - Sinar Harian
loading...

COMMENTS

Nama

Artis,165,Artis Dalam Negara,78,Artis Luar Negara,49,Berita Menarik,907,Berita Semasa,762,Binatang,17,Cabul,16,Curang,18,Curi,2,Dera,20,Gaduh,24,Gambar,39,Islam,106,Kantoi Luar Negara,57,Kecuaian,8,Kejam,89,Kemalangan,26,Kes Bunuh,68,Kes Kantoi,326,Kes Rogol,224,Kesihatan,63,Kisah Nabi,1,Luar Negara,793,Makanan,9,Maksiat,27,Marah,14,Movie,2,Movie Trailer,4,Penipuan,11,Perang,7,Politik,84,Politik Dalam Negara,53,Politik Luar Negara,4,Puasa,12,Pukul,46,Rogol Dalam Negara,30,Rogol Luar Negara,32,Rompak,7,Rumah Tangga,265,Samseng,13,Samun,6,Sedih,27,Selebriti,13,Seram,8,Sesat,4,Sukan,53,Sukan Dalam Negara,17,Sukan Luar Negara,13,Sumbang Mahram,6,Video,548,Video Dalam Negara,96,Video Kantoi,50,Video Luar Negara,123,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Kakak Menjerit Sekuat Hati Melihat Adik Nyris Dirogol
Kakak Menjerit Sekuat Hati Melihat Adik Nyris Dirogol
“Tiba-tiba keadaan jadi gelap-gelita dan semua lampu serta kipas terpadam. Saya dengar bunyi tapak kaki dan bising suara ibu serta adik minta tolong menyebabkan saya menjerit macam orang histeria,” katanya.
https://2.bp.blogspot.com/-jhChckdRdYc/WVT9f9xmBbI/AAAAAAAAkto/yS7Aqn4vr9Ywtd2BOCtcnxNmFA51LxYbgCLcBGAs/s1600/WJ.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-jhChckdRdYc/WVT9f9xmBbI/AAAAAAAAkto/yS7Aqn4vr9Ywtd2BOCtcnxNmFA51LxYbgCLcBGAs/s72-c/WJ.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2017/06/kakak-menjerit-sekuat-hati-melihat-adik.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2017/06/kakak-menjerit-sekuat-hati-melihat-adik.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy