"Jangan Kecam Ambo, Ambo Jual Barang halal Bukan Haram"-Mohd Ebbie

Di bulan Ramadhan rata-rata kita boleh jumpa Bazar Ramadhan tidak kira di mana sahaja pasti terdapat bazar-bazar yang menyediakan juadah untuk berbuka puasa.

Namun begitu jarang sekali kita melihat makanan eksotik di jual di bazar-bazar Ramadhan yang terdapat di Malaysia ini, baru-baru ini kecoh diperkatakan daging kucing di jual di bazar.

Akan tetapi itu cumalah salah faham di sebabkan juadah tersebut yang dipanggang kelihatan seperti kucing tersebut sebenarnya merupakan arnab panggang.

Gambar arnab panggang yang dijual di bazar Ramadan Guntong Luar Setiu, Terengganu menjadi tular di laman sosial selepas ianya di muat naik oleh salah seorang pengguna facebook.

Seorang pembeli yang menggunakan pengenalan diri Long Kuning di Facebook telah memuat naik beberapa keping gambar makanan eksotik tersebut.

Bagaimanapun, netizen mula menyuarakan rasa tidak senang dengan gambar terbabit yang disifatkan menyerupai kucing panggang.

Sehubungan itu pemiliknya, Mohd Ebbie Shafiean tampil menjelaskan keadaan sebenar bahawa hidangan yang dijualnya adalah arnab panggang dan halal untuk dimakan.

“Jangan kecam ambo (saya), ambo jual arnab, barang halal, bukan barang haram,” tulisnya menerusi status di laman Facebook, semalam, seperti yang dipetik AstroGempak.

Mohd Ebbie turut menjelaskan bentuk arnab yang dijualnya lebih panjang daripada saiz asal haiwan itu kerana cara memasak dan sudut gambar diambil.

Dia turut memaklumkan disebabkan gambar tersebut menjadi tular telah membantu meningkatkan jualan arnab panggangnya.

Malah, semua stok hidangan itu telah habis dijual dan ditambah kuantiti jualan pada minggu hadapan.-Suara.TV

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.