Isu 9.5 juta Dari Najib, Anwar Mohon Mahkamah Ketepikan Sabitan Liwat.

Peguam bagi Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman pemula dalam usaha terbaru mengketepikan sabitan kesalahan liwat II.

Ini berikutan pendedahan bahawa peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang dilantik sebagai ketua pendakwa raya menerima RM9.5 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Anwar menamakan kerajaan sebagai defendan tunggal dalam permohonan itu.

Beliau memohon satu deklarasi bahawa sabitan kesalahan liwat II di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan oleh Mahkamah Rayuan pada Mac 14,2014 diisytiharkan batal dan tidak sah dan ultra vires atau di luar bidang kuasa Perkara 5 (1) Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan.

Anwar juga memohon deklarasi bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb 2015 adalah batal dan tidak sah atas sebab-sebab yang sama.

Permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh firma Daim dan Gamany dengan sijil perakuan segera supaya permohonan itu diberi keutamaan memandangkan pendedahan baru-baru ini.

Peguam N Surendran berkata, berdasarkan pendedahan itu menunjukkan bahawa Anwar dinafikan hak mendapat perbicaraan yang adil.

Minggu lalu, portal Sarawak Report mendakwa bahawa perdana menteri membayar Shafee sebanyak RM9.5 juta.

Portal itu mendakwa bahawa wang berkenaan disalurkan melalui dua bayaran dari akaun yang sama di mana dana SRC dimasukkan ke dalamnya. SRC adalah sebuah firma milik negara, dan bekas anak syarikat 1MDB.

Shafee bertindak sebagai ketua pendakwa dalam kes liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila perkara itu dibawa ke mahkamah rayuan dan persekutuan.

Malaysiakini tidak dapat untuk mengesahkan kesahihan laporan Sarawak Report itu.

Najib, sebelum ini berulang-kali menafikan beliau menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan peribadi.

Polis tak perlu bantuan S'wak Report, kata Ambiga

Bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan menolak keperluan editor portal Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown untuk membantu siasatan polis berhubung dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membayar RM9.5 juta kepada peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Menurut beliau, ia adalah kes yang mudah untuk diselesaikan dengan begitu senang.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mempelawa Rewcastle-Brown yang berpangkalan di London untuk datang ke Malaysia bagi membantu polis Malaysia mengenai perkara itu.

"Cadangan IGP mengenai Clare datang ke sini untuk membantu siasatan adalah jenaka. Memandangkan terdapat notis merah Interpol ke atasnya, beliau mungkin akan ditahan sebaik sahaja menjejak kaji di sini," kata Ambiga kepada Malaysiakini.

"Ia juga menampakkan pihak polis sangat tidak cekap - yang mana mereka adalah sebaliknya - bahawa mereka perlu dibantu untuk selesaikan kes semudah itu," katanya.

Ambiga menegaskan, mereka yang terlibat dalam dakwaan itu berada di Malaysia manakala akaun bank yang diperkatakan adalah dengan institusi kewangan tempatan.

"Terdapat butiran mencukupi untuk pihak polis memulakan siasatan.

"Mengapa enggan? Dan daripada menyerang pemberi maklumat, IGP sepatutnya berterima kasih kepada mereka yang memberi maklumat mengenai salah laku, "katanya. - Sumber malaysiakini.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.