Inilah Sebab Mengapa Kami Mengadakan 'Big Gay Iftar'- Penganjur.

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh penganjur yang mengajurkan acara berbuka puasa 'Big Gay Iftar' , mengikut ajaran Islam perbuatan tersebut sama sahaja

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh penganjur yang mengajurkan acara berbuka puasa 'Big Gay Iftar' , mengikut ajaran Islam perbuatan tersebut sama sahaja dengan menyokong perbuatan yang amat di laknat oleh Allah.

Jika kita turut sama mengikuti acara tersebut samalah juga seperti kita mengalu-alukan golongan terbabit dalam masyarakat, kita sebagai individu yang beragama Islam sepatutnya membendung gejala tersebut dan bukannya memberikan mereka sokongan.

Oleh kerana berdepan dengan kritikan yang amat keras, penganjur acara buka puasa 'Big Gay Iftar' memperjelaskan acara kontroversi yang dikatakan dianjurkan minggu lalu di Bangsar, Kuala Lumpur.

Numan Afifi, presiden Pelangi Campaign – kumpulan yang mempromosikan kesetaraan untuk golongan lesbian, gay, biseksual, transeksual (LGBT) – mengakui beliau sendiri diajukan banyak pertanyaan berkaitan acara itu.

Semuanya, kata beliau, gara-gara tersebar rencana oleh sebuah “portal picisan” yang melaporkannya.

Menulis di Facebook, Numan menjelaskan ia dianjurkan untuk menyatupadukan masyarakat pelbagai latar untuk berbuka bersama-sama serta berdialog “supaya kasih sayang dapat disebarkan”.

Acara itu juga, katanya, untuk memperingati 49 anggota komuniti LGBT yang terkorban dek tragedi keganasan di Orlando, Florida pada 12 Jun 2016.

“Hanya melalui acara murni sebeginilah kita dapat buktikan kepada golongan ekstremis dan pengganas bahawa mereka tidak akan dapat memecahkan persaudaraan dan kemanusiaan kita semua.

“Sesungguhnya, kemanusiaan dan kasih sayang akan pasti menang!” katanya.

Menurun Numan, lebih seratus orang hadir ke acara itu untuk menikmati pelbagai juadah Malaysia di samping kurma yang diimport daripada Timur Tengah.

“Kepelbagaian makanan yang Malaysia nikmati adalah cerminan kepada kepelbagaian kita semua sebagai manusia.

"Walaupun rasa yang berbeza, tetapi semuanya tetap diraikan oleh kita semua.

“Bagi pihak rakan-rakan penggerak Campaign for Equality and Human Rights Initiative, kami mengucapkan terima kasih atas segala sokongan dan dokongan kalian.” katanya.

Kebanyakan peserta acara itu dikatakan terdiri daripada aktivis hak-hak LGBT.

Turut diadakan forum berkaitan tragedi Orlando yang melibatkan Pengurus Program Sisters in Islam Suri Kempe, Nisha Ayub daripada Justice for Sisters dan pengasas Transmen of Malaysia founder Dorian Wilde.

Filem berkaitan sejarah LGTB bertajuk Pride turut ditayangkan dalam acara itu.

Acara itu mengundang banyak reaksi orang ramai yang berang dengan tindakan itu. Ada antara mereka menghamburkan gelaran buruk dan makian kepada pergerakan LGBT seperti murtad dan Dajjal.

Bantahan turut dilaporkan diterima daripada tokoh agama dan Majlis Belia Malaysia (MBM). - Malaysiakini
loading...

COMMENTS

Nama

Artis,165,Artis Dalam Negara,78,Artis Luar Negara,49,Berita Menarik,907,Berita Semasa,759,Binatang,17,Cabul,16,Curang,18,Curi,1,Dera,19,Gaduh,24,Gambar,39,Islam,106,Kantoi Luar Negara,56,Kecuaian,8,Kejam,88,Kemalangan,26,Kes Bunuh,68,Kes Kantoi,325,Kes Rogol,223,Kesihatan,63,Kisah Nabi,1,Luar Negara,792,Makanan,9,Maksiat,27,Marah,12,Movie,2,Movie Trailer,4,Penipuan,11,Perang,7,Politik,84,Politik Dalam Negara,53,Politik Luar Negara,4,Puasa,12,Pukul,45,Rogol Dalam Negara,29,Rogol Luar Negara,32,Rompak,7,Rumah Tangga,265,Samseng,12,Samun,6,Sedih,27,Selebriti,13,Seram,8,Sesat,4,Sukan,53,Sukan Dalam Negara,17,Sukan Luar Negara,13,Sumbang Mahram,6,Video,546,Video Dalam Negara,95,Video Kantoi,50,Video Luar Negara,122,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Inilah Sebab Mengapa Kami Mengadakan 'Big Gay Iftar'- Penganjur.
Inilah Sebab Mengapa Kami Mengadakan 'Big Gay Iftar'- Penganjur.
Walau apa pun alasan yang diberikan oleh penganjur yang mengajurkan acara berbuka puasa 'Big Gay Iftar' , mengikut ajaran Islam perbuatan tersebut sama sahaja
https://4.bp.blogspot.com/-8gyPBOHPKzU/WUS8b0SZ-WI/AAAAAAAAkF4/Nh505LKIo6gG1E6aZJhh1OAffIdKJe-wQCLcBGAs/s1600/WJ1.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-8gyPBOHPKzU/WUS8b0SZ-WI/AAAAAAAAkF4/Nh505LKIo6gG1E6aZJhh1OAffIdKJe-wQCLcBGAs/s72-c/WJ1.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2017/06/inilah-sebab-mengapa-kami-mengadakan.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2017/06/inilah-sebab-mengapa-kami-mengadakan.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy