Ibu Rayu Anak Pulang, Lebih 20 Tahun Terpisah.

"Mak amat berharap dapat menyambut Aidilfitri tahun ini bersama Jo dan semua anak mak yang lain... lebih 20 tahun kamu hilang tanpa khabar berita,"

Hati ibu mana yang tidak sedih jika terpisah lama dengan anaknya tanpa mengetahui sebarang khabar berita anak lebih 20 tahun.

Sedangkan kita sebagai ibu kalau terpisah dengan anak sekejap sahaja pun dah terasa rindu, bayangkanlah hati ibu ini yang terpisah lama dengan anaknya. 

Mengikut laporan yang di tulis oleh Berita Harian, di Tuaran, seorang warga emas bernama Rosnah Anik Gulantong, 79 tahun, mengatakan "Mak amat berharap dapat menyambut Aidilfitri tahun ini bersama Jo dan semua anak mak yang lain... lebih 20 tahun kamu hilang tanpa khabar berita," itulah luahan seorang ibu yang terputus hubungan dengan anak bongsunya sejak tahun 1996. 

Kali terakhir Rosnah Anik dan keluarga di Sabah berhubung dengan anak lelakinya, Masri Sastro @ Satroh, 45 tahun, atau mesra dipanggil Jo adalah sekitar tahun 1996 apabila dia yang berada di Semenanjung menghubungi kakak sulung meminta mengirimkan kad pengenalan kerana mahu membuat pengenalan diri baharu. 

"Itulah kali terakhir kami berhubung. Dia menghilangkan diri secara tiba-tiba tanpa dapat dikesan hingga ke hari ini. 

"Saya sudah tua dan sering berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan kesihatan, oleh itu besar hajat saya untuk berkumpul bersama semua anak-anak terutama Ramadan dan Aidilfitri ini," kata ibu kepada enam cahaya mata itu. 

Ditemui BH di kediamannya di Kampung Tamparuli di sini, Rosnah Anik berkata, anak lelakinya itu pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan bersama beberapa rakan pada tahun 1994 ketika berusia 24 tahun. 

Katanya, dia berasa berat hati ketika anaknya memberitahu mengenai hasrat mencari pekerjaan di kota besar itu, namun mengizinkan kerana tiket kapal terbang sudah dibeli lebih awal. 

"Beberapa bulan di sana (Kuala Lumpur), dia memaklumkan sudah mendapat pekerjaan sebagai pekerja kontrak elektrik di sebuah syarikat swasta, malah sering bertanyakan khabar kami dan mengirimkan wang ke kampung. 

"Bagaimanapun selepas itu kami tidak lagi mendengar khabar berita serta tidak tahu keadaannya dan di mana dia berada sekarang," katanya. 

Kakak sulung Jo, Ngatomi, 57 tahun, berkata mereka adik-beradik tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan adik bongsunya itu, malah Jo seorang periang dan suka bergurau bersama semua abang dan kakaknya. 

"Kehilangannya ibarat misteri kerana ia berlaku tanpa sebab yang pasti. Selepas mengirimkan kad pengenalan, saya cuba menghubungi nombor telefon yang pernah diberi tetapi ia tiada dalam perkhidmatan. 

"Alamat terakhir Jo yang kami tahu ialah di Negeri Sembilan namun tak tahu alamat tepat. Kami juga pernah meminta pertolongan ahli keluarga dan rakan-rakan yang menetap di Semenanjung untuk mencarinya tetapi tidak berhasil. 

"Saya harap Jo pulang ke kampung. Sudah terlalu lama tidak mendengar khabar berita hingga ketika arwah bapa meninggal dunia pada tahun 2008, dia tidak tahu," katanya. Ngatomi berharap Jo atau mereka yang mengenali adik bongsunya itu supaya menghubunginya di talian 014-854 5887.- Berita Harian
loading...

COMMENTS

Nama

Artis,165,Artis Dalam Negara,78,Artis Luar Negara,49,Berita Menarik,907,Berita Semasa,762,Binatang,17,Cabul,16,Curang,18,Curi,2,Dera,20,Gaduh,24,Gambar,39,Islam,106,Kantoi Luar Negara,57,Kecuaian,8,Kejam,89,Kemalangan,26,Kes Bunuh,68,Kes Kantoi,326,Kes Rogol,224,Kesihatan,63,Kisah Nabi,1,Luar Negara,793,Makanan,9,Maksiat,27,Marah,14,Movie,2,Movie Trailer,4,Penipuan,11,Perang,7,Politik,84,Politik Dalam Negara,53,Politik Luar Negara,4,Puasa,12,Pukul,46,Rogol Dalam Negara,30,Rogol Luar Negara,32,Rompak,7,Rumah Tangga,265,Samseng,13,Samun,6,Sedih,27,Selebriti,13,Seram,8,Sesat,4,Sukan,53,Sukan Dalam Negara,17,Sukan Luar Negara,13,Sumbang Mahram,6,Video,548,Video Dalam Negara,96,Video Kantoi,50,Video Luar Negara,123,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Ibu Rayu Anak Pulang, Lebih 20 Tahun Terpisah.
Ibu Rayu Anak Pulang, Lebih 20 Tahun Terpisah.
"Mak amat berharap dapat menyambut Aidilfitri tahun ini bersama Jo dan semua anak mak yang lain... lebih 20 tahun kamu hilang tanpa khabar berita,"
https://4.bp.blogspot.com/-bFnIGFO1wQs/WTS9JSr4MUI/AAAAAAAAjWk/eHfU8hcyWtIiuFk9glg4d7qCjU0bjGkawCLcB/s1600/WJ.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-bFnIGFO1wQs/WTS9JSr4MUI/AAAAAAAAjWk/eHfU8hcyWtIiuFk9glg4d7qCjU0bjGkawCLcB/s72-c/WJ.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2017/06/ibu-rayu-anak-pulang-lebih-20-tahun.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2017/06/ibu-rayu-anak-pulang-lebih-20-tahun.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy