Geng Curi Susu Celah Kangkang Kantoi.

KUALA LUMPUR – Kecurian yang berlaku di premis-premis perniagaan serta pasaraya yang membabitkan barangan seperti susu formula sudah tidak asing lagi dan sering kali berlaku kerana dikatakan membawa pulangan hasil yang lumayan.

Kejadian yang terbaru membabitkan lima orang anggota geng “susu kangkang” yang disyaki terlibat dalam 30 kes mencuri susu tepung berjenama telah berjaya ditahan oleh pihak polis di sebuah kedai serbaneka di Dataran Sunway Kota Damansara, Petaling Jaya pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata, semua suspek berusia lingkungan 25 hingga 49 tahun, ditahan ketika cuba melakukan kegiatan mencuri susu tepung di premis berkenaan pada 6.55 petang.

Menurutnya, suspek yang terdiri daripada 2 lelaki dan 3 wanita warga tempatan dipercayai giat melakukan kegiatan itu di sekitar Petaling Jaya dan kawasan lain di Lembah Klang.

“Modus operandi kumpulan itu adalah memasukkan kotak atau tin susu tepung berjenama yang dicuri ke dalam pakaian yang diubah suai atau di dalam beg mereka sebelum melarikan diri,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, susu yang dicuri itu kemudian dijual di kedai di kawasan rumah kongsi atau kedai runcit tertentu.

Zani berkata, tangkapan berkenaan adalah susulan laporan mengenai kes samun melibatkan kumpulan itu di sebuah pasar raya di Petaling Jaya, yang mengakibatkan seorang pengawal keselamatan dicederakan pada 20 Mei lepas.

Hasil siasatan mendapati semua suspek baru sahaja dibebaskan dari penjara tahun lepas kerana melakukan jenayah sama.

Semua suspek direman 7 hari bermula 7 Jun bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.