Gadis Yang Di Kecam Netizen Buat Kuih Semperit Sebagai Pengubat Kedukaan.

Minggu lalu telah viral mengenai seorang gadis yang di kecam teruk oleh netizen gara-gara meminta bantuan untuk hari raya sehinggakan dia merasa amat malu dan memadam semula postingnya itu selepas beberapa jam memuat naik.

Menurut gadis tersebut pelbagai kata makian serta hinaan dia terima hanya kerana meminta bantuan tersebut menyebabkan dia amat kecewa kerana tidak menyangka bahawa netizen akan melemparkan kata-kata begitu kepadanya.

Bukan kemahuan dia keluarganya hidup susah begitu, tapi takdir telah menetapkan semua itu.

Menurut kenyataan yang di petik dari mStar Online, kuih semperit menjadi pengubat duka seorang gadis yang dikecam teruk minggu lalu gara-gara merayu bantuan Aidilfitri di Facebook.

Normasmira Zulkifli, 17 atau lebih senang disapa sebagai Ira berkata, selepas mendapat komen pedih daripada netizen, dia mahu cepat-cepat melupakan insiden itu yang dianggap memalukan.

Bagi merawat kesedihannya, Ira telah 'membawa diri' ke rumah seorang rakan untuk menyiapkan kuih raya bersama-sama.

“Esoknya (Sabtu) saya terus ke rumah kawan untuk buat kuih semperit.

"Selepas tiga hari, kami berjaya siapkan kuih raya untuk keluarga masing-masing dan saya diberi tiga balang kuih semperit," katanya kepada mStar Online.

Ira yang menghidap Talasemia berkata, 'projek kuih raya' ini melibatkan dirinya bersama dua lagi rakan dan ia telah lama dirancang.

Menerusi projek itu, mereka sepatutnya berkongsi wang untuk membeli bahan-bahan membuat kuih raya, menyiapkannya bersama-sama dan kemudian setiap seorang akan mendapat bahagian masing-masing secara sama rata.

"Tapi saya hanya mampu bayar RM20, itu pun masa saya masih bekerja dulu, sedangkan dua rakan lain membayar lebih...nasib baik mereka faham keadaan saya," katanya.


Ira berkata, dia amat bersyukur kerana walaupun posting yang dimuat naiknya pada Khamis lalu telah dipadam, ada juga pihak yang sempat membacanya dan bermurah hati menghulurkan bantuan.

"Ada beberapa orang datang rumah tengok nasib keluarga saya dan beri bantuan. Ada juga yang beri sumbangan wang kepada ibu, saya ucapkan terima kasih," katanya.

Mohd Hafiz Ismail dan rakan-rakan adalah antara mereka yang telah menghulurkan sumbangan kepada keluarga ini.

"Kita sudah lihat keadaan mereka, memang mereka memerlukan bantuan orang ramai, bukan sahaja untuk Aidilfitri, tetapi juga barang keperluan asas," katanya yang berasal dari Sungai Petani tetapi kini tinggal di ibu kota.

Mohd Hafiz, 30, berkata setelah pergi sendiri ke rumah Ira, keluarga ini juga didapati mempunyai tunggakan sewa rumah, bil air dan bil elektrik.


"Sebelum pergi saya telefon Ira tanya bentuk bantuan. Dia kata 'Ira tak penting, yang penting emak dan adik'.

"Emaknya pula beritahu kehidupan mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang," katanya yang turut menyumbangkan sebuah dapur memasak.

Kisah Ira menjadi tular di internet apabila dia cuba merayu bantuan orang ramai supaya membantu keluarganya yang kesempitan wang untuk meneruskan hidup dan untuk menyambut Aidilfitri.

Malangnya terdapat individu yang menghinanya dan melemparkan kata-kata kesat terhadap dirinya, sehingga dia terpaksa memadam posting tersebut. - mStar Online

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.