Gadis Cantik Minta Bantuan Cari Jejaka Idaman.

Pada zaman serba moden ini jarang sekali kita mendengar seseorang yang begitu setia menanti sehingga empat tahun insan yang dia suka dan kalau ada pun mungkin satu dalam 1000.

Berbeza denga seorang wanita yang dikenali sebagai Joceline kerana dia begitu setia menanti untuk bertemu dengan seorang jejaka yang pada dasarnya dia sendiri pun tidak tahu nama jejaka tersebut namun dia amat berharap agar dapat bertemu semula dengannya.

Joceline telah meminta bantuan di laman sosial bagi mengesan lelaki tersebut dan amat berharap agar dia dapat bertemu semula dengan jejaka yang disukainya itu.

Joceline menceritakan detik pertemuan dia bersama jejaka tersebut adalah pada empat tahun lalu ketika berusia 14 tahun, Joceline mengatakan bahawa dia telah bertembung dengan seorang budak lelaki ketika dia menaiki pesawat dari San Francisco ke Hong Kong.

Sebaik melihat budak lelaki itu, Joceline terus jatuh hati kepadanya.

Ketika itu Joceline dan keluarganya sedang beratur untuk menaiki pesawat dan dari situ dia melihat budak berkenaan yang memakai jaket hijau.

Dia juga menuju ke Hong Kong namun mereka berpisah apabila Joceline bertukar penerbangan untuk ke China pula.

Dan selepas menghabiskan masa sebulan di China, Joceline sekali lagi bertembung dengan budak lelaki itu.

“Sekali lagi saya berjumpa dengannya dan kami sama-sama memakai jaket hijau. Dan rupa-rupanya kami dalam penerbangan yang sama untuk pulang ke San Francisco,” katanya.

Kini, pada 2017, selepas Joceline berusia 18 tahun, dia amat berharap dapat bertemu dengan budak lelaki itu, yang kini tentu sudah menjadi remaja.-Suara.TV

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.