Fathia Mohon Maaf Jika Terdapat Kesilapan Ketika Temubual Tun M.
Pada Jumaat lalu telah berlangsung satu temu bual bersama Mantan Perdana Menteri dan Fathia Latiff bertindak selaku moderator dalam bual bicara terbabit.
Namun begitu kecoh di media sosial yang kebanyakkannya mengecam Fahia kerana di anggap tidak mengetahui perkembangan semasa dan perlu study lagi.
Netizen mula mempersoalkan
kredibiliti pelakon Fathia Latiff kononnya gagal dalam temubualnya dengan
mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tersebut.
Temubual tersebut telah disiarkan secara langsung di Facebook Mahathir yang
berlangsung pagi Jumaat.
Bengang dengan kutukan dilemparkan kepadanya, Fathia,
30 tahun, tampil menjelaskan dia bukannya
wartawan jika orang ramai mengharapkan soalan diajukan itu memenuhi kehendak
temubual sebenarnya.
Namun dia akur akan kritikan orang ramai dan memohon maaf
sekiranya soalan diajukan itu tidak memuaskan hati mana-mana pihak.
"Saya bukan nak tunjuk pandai tetapi mahu bertanya
soalan-soalan yang saya rasa semua orang ingin tahu dan perkara yang saya tidak
tahu. Ini hanya temubual santai. Saya bukan wartawan atau ahli politik.
"Saya hanya mewakili suara belia di luar sana dan saya
minta maaf jika soalan-soalan tidak memuaskan hati mana-mana pihak.
Fathia bertindak sebagai moderator dalam temubual bersama
Tun Mahathir yang disiarkan secara langsung di Facebook pagi Jumaat.
"Tetapi saya gembira terpilih untuk menjadi perantaraan
temubual bersama Tun Mahathir. Terima kasih untuk peluang ini. Bagi saya soalan
yang datang dari hati tidak semestinya kena study dulu," katanya.
Temubual selama 45 minit itu sehingga pukul 5.15 petang
Jumaat mendapat lebih 700 perkongsian dan 100,000 tontonan.
Sementara itu dalam kritikan yang dilemparkan kepada Fathia,
ada juga netizen yang meminta agar pelakon itu tidak dikritik kerana
sekurang-kurangnya dia mencuba walaupun kebanyakan soalan diajukan itu tidak
begitu lancar dan sedikit berbelit.
Namun begitu Mahathir tetap tersenyum dan memberi jawapan
sebaik mungkin dalam memenuhi soalan diberikan.
Fathia juga tidak malu untuk bertanyakan makna
whistleblower yang tidak difahaminya
walaupun dia terpaksa memotong percakapan Mahathir yang ketika itu sedang
rancak berbicara.-mStar Online
Ulasan
Catat Ulasan