Empat Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemandu Uber Dibelasah.

Kejadian ini tidak akan berlaku kalau tidak ada angin bertiup, itu pendapat yang di luahkan oleh sesetengah netizen.

Seorang pemandu Uber juga telah meninggalkan komen di ruangan video pemandu tersebut di pukul dengan mengatakan dari sudut pandangan beliau pemandu Uber tersebut pun pasti ada salah kalau tidak takkanlah kejadian sebegini menimpa dia.

Kalau ikutkan jalan cerita agak mencurigakan sebab dalam cerita yang di ceritakan dia cakap perempuan vietnam itu menelefon dia untuk mengambilnya, kalau tidak kenal takkanlah perempuan itu ada nombor telefon dia dan kalau ikutkan pemandu Uber ini berjalan bukanlah melalui panggilan tetapi melalui aplikasi Uber yang mengharuskan dia menekan di aplikasi tersebut terlebih dahulu sebelum mengambil penumpang.

"Itu merupakan salah satu pandangan yang di luahkan oleh seorang pemandu Uber juga, tetapi itu hanyalah sebagai satu andaian."

Bagaimanapun susulan kes tersebut seorang pemandu Uber yang dipukul di sini semalam, pihak polis telah menahan pemandu Uber terbabit dan juga seorang wanita warga Vietnam untuk siasatan lanjut.

Selain itu, seorang lelaki yang dipercayai suami kepada mangsa yang berusia 37 tahun turut ditahan kerana didakwa menyerang pemandu Uber dalam kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Anuar berkata, dua lagi lelaki juga ditahan kerana dipercayai turut terlibat dalam kejadian itu dan menjadikan jumlah penahanan empat orang.

“Ketiga-tiga suspek kini direman empat hari bermula hari ini (semalam) sehingga 11 Jun ini bagi membantu siasatan.

“Perintah itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen Georgetown, Ahmad Tajuddin Zain tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Anuar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Kita juga akan menahan mangsa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. Dalam pada itu, siasatan mendapati, mangsa yang merupakan warga Vietnam didakwa dicabul pemandu Uber ketika menggunakan perkhidmatan kereta terbabit 6 Jun lalu. Ketika itu, wanita berkenaan dipercayai ingin ke Jalan Argyll dari Lintang Paya Terubong di sini.

“Dalam perjalanan, pemandu Uber terbabit telah mengeluarkan kemaluannya dan mengarahkan mangsa memegangnya. Mangsa yang ketakutan memegang namun melepaskannya. Pemandu Uber itu juga dikatakan mengeluarkan telefon bimbitnya dan selfie dengan mangsa,” katanya.

Beliau menambah, mangsa yang berusia 43 tahun itu pada mulanya tidak mahu membesarkan kejadian tersebut namun dia mendakwa, suspek menghubunginya pada sebelah malam dengan tujuan untuk mengganggunya.

“Mangsa yang buntu menceritakan kejadian itu kepada rakannya dan rakannya menasihatkan mangsa agar menceritakan kejadian itu kepada suaminya. Selepas menceritakan kepada suaminya, suaminya itu meminta mangsa menghubungi semula suspek pada keesokan harinya kononnya mahu menggunakan perkhidmatan Uber tersebut.

“Suspek yang tidak mengesyaki apa-apa datang semula pada 7 Jun untuk menjemput mangsa namun dipukul sekumpulan lelaki (dipercayai rakan-rakan suami mangsa) termasuk suaminya dengan menggunakan kayu besbol,” katanya.

Hasil siasatan juga mendapati mangsa dan juga suaminya itu merupakan pasangan suami isteri sejak 2015 namun tidak mempunyai anak, kata beliau.

“Suspek bagaimanapun menafikan kejadian itu dan mendakwa dia difitnah. Dia turut mengakui tidak tahu motif dia dipukul oleh sekumpulan lelaki terbabit.

Kata beliau lagi, mangsa cedera di kepala, tangan dan kaki kiri telah dirawat di Hospital Puala Pinang namun telah dibenarkan keluar.-mStarOnline

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.