Dituduh Menggoda Isteri Orang, Sufian Buat Laporan Polis.

KUALA LUMPUR – Selepas kecoh di media sosial mengenai pelakon Shukri Yahaya yang dikatakan menggoda seorang wanita, sekarang ini kecoh pula diperkatakan penyanyi Sufian Suhaimi cuba menggatal dengan isteri orang.

Bagaimanapun Sufian Suhaimi telah membuat laporan di Balai Polis Sungai Abong, Muar, kira-kira jam 4 pagi tadi selepas tersebar dakwaan kononnya dia mengganggu isteri orang melalui aplikasi Bigo.

Menurut Sufian, dia terkejut menyedari ada individu menuduh dia mengganggu isterinya lalu menyebarkan dakwaan di Twitter.

“Saya dapat tahu mengenai cerita ini kira-kira jam 2 pagi tadi. Saya terkejut dan mengambil tindakan pantas membuat laporan polis.

“Apa yang saya buat adalah untuk membetulkan keadaan. Saya bukanlah seperti yang didakwa individu terbabit sebaliknya difitnah. Saya tak bersalah dan buat semua ini kerana berada di pihak yang benar, …saya tak takut,” katanya.

Sufian yang rapat dengan pelakon, Elfira Loy memberitahu, mengikut dakwaan individu terbabit, insiden itu berlaku pada awal Ramadan.

“Pada awal Ramadan saya pulang ke kampung menyambutnya dengan keluarga. Malah, ketika itu, saya sibuk membuat persiapan berbuka dan membeli juadah di bazar bersama keluarga.

“Pelik kerana lelaki itu mendakwa saya melakukan perkara itu pada jam 7 malam ketika saya sibuk nak berbuka puasa dengan keluarga,” katanya, lapor BH.

Sehubungan itu, Sufian berkata, dia membuat laporan polis bagi mengelak pihak lain menjadi mangsa.

“Cukuplah dengan tindakan ini agar tiada lagi yang terkena dengan mereka yang menyamar menjadi saya.

“Saya harap perkara ini tak berpanjangan, …saya juga sudah lama memadamkan aplikasi Bigo atau WeChat di telefon bimbit,” katanya Namun, kata Sufian, masih ada netizen yang tidak percaya mentah-mentah tuduhan itu dan bersikap rasional. - Suara.TV

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.