Di Hina Suami Sendiri Kerana Tidak Bekerja Hingga Bercerai.

Memang betullah kata orang tua-tua bahawa lidah lebih tajam dari pisau dan mampu menghancurkan seseorang hanya dengan kata-kata.

Seorang wanita yang mengatakan bahawa dia amat berterima kasih kepada semua orang di sekeliling dia yang menjadi punca kepada penceraian dia dengan suami.

Kau orang memang dah berjaya hancurkan kebahagian kami tiga beranak dan saya harap selepas kami bercerai kau orang semua akan berpuas hati serta hidup dalam aman damai. Allah maha besar, doa orang yang teraniaya ini biasanya akan dimakbulkan.

Aku merupakan seorang pemegang Ijazah namun aku diberi ujian oleh Allah belum mendapat sebarang pekerjaan, bukan memilih tapi sememangnya telah banyak interview yang dah pergi namun rezeki tidak memihak kepada aku.

Aku telah menjadi penganggur selama dua tahun, selama berkahwin aku telah banyak bersabar serta mengalah dalam semua ujian yang menimpa aku sehinggakan suami sendiri pun sering mengungkit bahawa aku ini cuma membebankan dia sahaja dan tahu duduk goyang kaki di rumah.

Sehinggakan satu tahap itu aku dah hilang sabar kerana sering di perli dan di pandang rendah oleh suami sendiri, tanggungjawab beri nafkah itu kan sememangnya tanggung jawab seorang suami jadi kenapa sering mengungkit kalau macam itu tak payahlah berkahwin.

Saya sampaikan meminta penceraian dari dia walaupun saya tahu itu perkara yang paling Allah benci tapi saya sememangnya dah tak tahan lagi dengan sikap suami yang menganggap saya ini beban bagi dia.

Tambahan lagi bila orang disekeliling serta sanak saudara yang menjadi penghasut kepada suami yang sering mengatakan saya ini ada sahaja ijazah tapi bukan nak bantu suami dan tahu duduk goyang kaki sahaja.

Pada mulanya suami tidak memperdulikan kata-kata mereka asalkan mereka sekeluarga hidup bahagia namun tekanan serta kata-kata hasutan mereka membuatkan suami mula berubah dan dia juga mula menyalahkan saya penyebab kepada kehidupan kami yang serba kurang.

Memang kata-kata berbisa dari mulut lebih tajam dari pisau sehinggakan dapat meruntuhkan rumah tangga kami, tidak perlulah nak mendabik dada dengan rezeki yang kamu dapat serta merendah-rendahkan orang lain.

Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang bermulut seperti puaka tersebut yang tergamak menjadi penyebab kepada kehancuran rumah tangga kami.

Sekarang ini saya dah bersedia untuk bergelar ibu tunggal setelah tidak tahan lagi dengan tohmahan yang kau orang semua lemparkan, nah sekarang tentu kau orang semua dah berpuas hatikan.

Pandai sangat kau orang nak hentam orangkan, sekarang aku dah dalam proses penceraian jadi untuk kau orang semua yang pandai berkata-kata itu ambillah suami aku ini pergilah carikan dia calon isteri yang lebih baik dari aku yang mampu uruskan rumah tangga serta membantu mencari duit untuk meringankan beban suami.

Aku tak perlukan kau orang semua, rezeki itu pemberian tuhan dan sekarang aku mampu berdiri dengan kaki sendiri serta mampu menampung diri sendiri serta anak. Terima kasih aku ucapkan kepada semua yang menjadi pemusnah rumah tangga aku.

Allah itu sentiasa ada untuk orang yang teraniaya, jika Allah itu hendak memutarkan segalanya aku ingin sekali tengok kau orang semua berada di tempat aku serta merasakan betapa sakitnya hati ini, Kunfayakun.

Jangan terlalu berbangga dengan diri sendiri kerana kalau Tuhan itu berkehendak segalanya boleh saja ditarik balik, jagalah mulut kerana mulut badan binasa.-Wartawan Jalanan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.