“Customer Always Right” Mana Boleh Guna Pakai Dah Zaman Sekarang Ini.

Aku rasa slogan ‘customer always right’ itu tak boleh di guna pakai pada zaman sekarang ini, sebab bagi aku yang merupakan seorang peniaga ini dah bermacam jenis orang aku jumpa setiap hari dan bermacam ragam dia orang buat.

Kadang-kadang itu ada juga yang pandang rendah pada peniaga-peniaga seperti aku dan layan kita orang ini macam orang gaji dekat rumah mak bapa dia orang.

Kalau di ikutkan itu memang bukan semua macam itu cuma segelintir saja tapi yang segelintir itulah penyebab kepada tanggapan negatif.

Tak salah kalau kau orang hormat sikit pada peniaga-peniaga ini, jangan layan dia orang macam balaci kau orang.

Peniaga pun manusia biasa juga ada perasaan dan dia orang pun berusaha keras untuk mencari rezeki, janganlah disebabkan slogan ‘customer always right’ itu kau orang sesuka hati nak membuli.

Pernah sekali itu aku tak cukup pekerja disebabkan dua pekerja aku mengambil cuti serentak, keadaan kedai makan keti itu memang tersangat sibuk, almaklumlah hari minggu kebanyakkan orang memang bermalasan nak memasak dan lebih suka memilih makan di kedai.

Terdapat seorang pelanggan ini datang ke kedai nak order untuk bungkus dan kebetulan ketika itu sememangnya bungkus memang banyak sangat order jadi saya dah bagi tahu dia awal-awal bahawa kalau nak bungkus memang lambat sebab banyak order, tapi pelanggan itu cakap tak apalah dia tunggu.

Belum sampai lima minit dia tunggu dah dia panggil saya balik dan marah-marah saya dengan teruk sekali di depan orang ramai yang sedang tunggu pesanan mereka.

Saya tak sangka langsung dia akan marah begitu sedangkan saya sudah memberitahu dia awal-awal bahawa banyak order tapi baru lima minit dia dah marah, dia langsung tidak memikirkan maruah saya yang di marah depan orang ramai.

Orang di sekeliling pun pandang saya dan ada yang menggelengkan kepala, sedangkan orang yang terlebih dahulu order pun belum dapat lagi pesanan dia orang.

Akhir sekali saya terus cakap dengan dia bahawa saya dah bagi tahu tadi lambat sikit kalau rasa nak tunggu itu tunggulah kalau tidak tak payah tunggu. Orang macam ini nak kena ajar macam ini saja.

Itu salah satu pengalaman saya, pendek kata bagi saya slogan itu tidak boleh di guna pakai lagi sebab customer sekarang ragam dia orang ini kadang-kadang meyusahkan orang lain dan lebih mementingkan diri sendiri.

Buat orang dekat luar itu respectlah sikit orang lain walau apa pun pekerjaan dia orang janji yang penting halal.-Wartawan Jalanan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.