Che Ta Mengamuk Digoda Kaum Sejenis

Dunia artis tidak pernah sunyi dengan berita hangat yang sering kali menghiasi media sosial dan terbaru ini adalah kisah seorang artis popular yang memuat naik kapsyen yang mendakwa telah di ganggu oleh kaum sejenisnya.

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon cantik jelita ini, Rozita Che Wan, beliau mendakwa sudah tidak tahan dengan gangguan kaum sejenisnya dan mengatakan ini merupakan jalan terakhir dia untuk menghentikan gangguan tersebut.

Dek kerana tidak tahan dengan tindakan penyanyi baru Della Delon yang memanggilnya sayang, Rozita Che Wan bertindak memuat naik entri melepaskan geram di Instagramnya.

Menerusi kapsyen yang ditulis Che Ta, jelas menggambarkan isteri kepada pelakon Zain Saidin itu tidak suka dirinya diganggu Della.

“Allah dah bagi kau jadi perempuan kau nak jadi jantan!!! Dah jadi jantan kau nak kacau bini orang !! Kau nak jadi apa sebenarnya? Kau nak jadi Syaiton Ka?? Kau dok bersayang-sayang dengan bini orang…muntahla dik!!.

“Bulan puasa ni muhasabahlah diri!!!..nak jadi apa pun tak kisah asal jangan kacau hidup orang lain. Ini jalan terakhir terpaksa ambil atas kedegilan kau!!! Pujuk tak makan saman. Marah pun tak heran, ni je makan kau..terpaksa up gambar muka ala-ala jantan kau dik! DELLADELON,”tulis Che Ta menerusi kapsyenya.

Perkongsian tersebut telah menerima lebih 10 ribu likes dan 1,400 komen.

Rata-rata pengikut Instagram mengecam tindakan Della kerana tidak sopan mengganggu Che Ta, memanggilnya dengan gelaran sayang dan mengeji cubaan penyanyi baru itu menggoda kaum sejenisnya.

Della sebelum ini pernah dikecam kerana vokal kepitnya menerusi lagu nyanyiannya, Persia.- Suara.TV

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.