Berkat Anak Sulung Perempuan Yang Ramai Tidak Tahu.

Setiap pasangan yang berkahwin pasti merancang untuk memiliki zuriat mereka sendiri, ada yang inginkan anak lelaki dan ada juga yang inginkan anak perempuan.

Ada sesetengah orang yang menganggap anak perempuan itu hanya membawa masalah dan sukar untuk dijaga, lehat sajalah zaman sekarang ini bukan macam zaman dulu.

Kalau dulu anak perempuan takut nak keluar rumah tetapi sekarang zaman dah berubah dan kehidupan anak muda sekarang penuh dengan bersosial ikut suka hati sahaja.

Tapi tahukah anda bahawa Allah telah menetapkah segala-galanya, tidak kiralah walau apa sahaja jantina zuriat kita itu terimalah dengan penuh kesyukuran.

Jika kamu katakan bahawa anak perempuan itu sukar di didik dan amat berharap agar anak kamu itu lelaki, buanglah tanggapan kuno kamu itu kerana telah din nyatakan bahawa "Berkah yang paling banyak bila anak itu adalah seorang perempuan, anak perempuan itu mendapat banyak Berkah dari Allah سبحانه وتعالى Khususnya kalau anak pertamanya ialah perempuan. 

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, Diberkati oleh Allah سبحانه وتعالى yang anak pertamanya, anak sulungnya itu adalah perempuan. Dapat Doa Khusus dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم

Kerana itu Para Salafus Solehin رضي الله عنهم وأرضاهم, kalau mereka sudah kahwin, mereka memohon kepada Allah سبحانه وتعالى, Yaa Allah berikanlah anak aku yang pertama perempuan. Kenapa Para Salafus Solehin doa macam itu? kerana nak Doa Khusus dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Sebab orang jahil dulu jika anak sulungnya perempuan mereka sedih bahkan ada yang lari dari kampungnya kerana takut dihina. Tapi Allah سبحانه وتعالى nak Memuliakan apa yang mereka hina.

Bayi ini takkan keluar dari perut ibunya melainkan dengan Izin Allah. Bila lahir saja anak lelaki, Allah سبحانه وتعالى Berfirman kepadanya, Keluarlah dan Mudah-mudahan kamu tolong ayah kamu.

Tapi bila lahir hanya anak perempuan, Allah سبحانه وتعالى Berfirman kepadanya, Keluarlah dan Aku Yang Menolong ayah kamu. اللهم صل على سيدنا محمد. Inilah Barakah anak sulung perempuan "
– Murobbi Ad Da'ie IlaAllah Al Fadhil Al Ustaz Sheikh Abdullah Bin Muhammad Bin Salim Al Jahaf حفظه الله تعالى

Sumber: Ezael Ismail

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.