Bapa Sanggup Curi Rm251,000 Untuk Persediaan Perkahwinan Anak Lelakinya.

Betullah kata orang kasih ayah sanggup berkorban apa sahaja dan sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan anaknya serta kasih ayah itu tiada galang gantian.

Sebagai persediaan untuk majlis perkahwinan anak lelakinya, seorang lelaki menyimpan wang tunai berjumlah 400,000 yuan (RM251,000) dalam satu tembikar sebelum menanamnya di sebuah gua di sini dipercayai kejadian ini berlaku di Dongguan, China.

Namun, malangnya bagi anak lelaki itu apabila bapanya sebenarnya seorang pencuri.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Wang, 41, mencuri wang berkenaan dari sebuah peti besi di kilang tempatnya bekerja di sini.

Wang yang ditangkap polis dua minggu lalu mengaku dia pergi ke kilang berkenaan pada waktu malam untuk mencuri.

Dia memecah masuk ke pejabat dan cuba memecahkan peti besi yang ditemuinya.

Kerana gagal memecah peti besi itu, Wang menghubungi rakannya dikenali sebagai Pan, 52, untuk meminta bantuan.

Mereka berjaya memecahkan peti besi itu selepas menjatuhkannya dari tingkat dua kilang dan berkongsi wang tunai di dalamnya.

Mereka masing-masing mengambil wang tunai 400,000 yuan untuk dibawa pulang ke kampung dan bakinya disimpan di rumah sewa mereka di sini.

Bagaimanapun, kedua-dua lelaki itu ditahan polis selepas rakaman kamera keselamatan di kilang berkenaan mendedahkan identiti mereka.

Selepas disoal siasat Wang membawa polis ke sebuah gua dan menggali satu lokasi di mana dia menanam wang hasil curi itu dalam sebuah tembikar.

Wang memberitahu polis, dia mahu menyimpan wang berkenaan dan sebagai persediaan untuk majlis perkahwinan anak lelakinya kelak. – Agensi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.