"Angah Cam Selipar Mak"- Anak Mangsa, Ibu Maut Dirempuh Ketika Nak Beli Ikan.

Kuala Krai - Siapa sangka dalam sekelip mata sahaja tiga beradik menjadi anak yatim akibat apabila ibu mereka maut dirempuh oleh sebuah kenderaan.

Dua beradik tersebut tidak menyangka bahawa bunyi dentuman kuat di luar rumah tersebut membabitkan ibu mereka sendiri.

Bunyi dentuman yang didengari menyebabkan dua beradik tersebut meluru keluar rumah bagi melihat apa yang berlaku.

Apa yang pantas menarik pandangan Alif Hakimi Abd Razak, 5 tahun, atau Angah ialah sepasang selipar di tepi jalan dan segera memberitahu abangnya, Alif Hafizuddin Abd Razak, 7 tahun, "Angah cam selipar mak," katanya sebak, ketika ditemui, hari ini.

Ibu mereka, Aida Mamat, maut dirempuh kereta ketika melintas untuk membeli ikan dari van berhampiran rumah mereka di Kampung Bukit Sireh, Kuala Nal, kira-kira jam 1.20 tengah hari tadi.

Mangsa meninggal dunia akibat cedera parah di kepala, turut meninggalkan seorang anak perempuan, Nurin Najwa Abd Razak, dua tahun.

Rumah mangsa terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kemalangan berlaku. Bagaimanapun, pemandu kereta terbabit tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Ronning, mengesahkan menerima laporan kemalangan itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. "Mayat dihantar dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk dibedah siasat," katanya. - Berita Harian Online

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.