Adik Maut Ditetak, Abang Tidak Dapat Berbuat Apa-Apa Selain Menyorok Dalam Semak

lelaki maut ditetak sekumpulan remaja di Kampung Pengkalan Nyireh, Besut, semalam, disaksikan sendiri abang mangsa namun tidak dapat berbuat apa-apa selain menyorok dalam semak

KEJADIAN lelaki maut ditetak sekumpulan remaja di Kampung Pengkalan Nyireh, Besut, semalam, disaksikan sendiri abang mangsa namun tidak dapat berbuat apa-apa selain menyorok dalam semak selama lebih setengah jam sebelum keluar mendapatkan bantuan penduduk kampung.

Dalam kejadian 5.15 petang itu, Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der, 22, dari Jalan Pantai, Kampung Teluk Bayu, Kuala Besut dikatakan ke kampung itu bersama abang dan seorang rakan untuk berbincang bagi menyelesaikan tuduhan dibuat terhadap mereka.

Menurut abang mangsa, Nik Mud Nek Der, 24, adiknya dituduh membakar motosikal milik ibu seorang daripada suspek pada 19 Jun lalu, di rumah wanita berkenaan.

“Kami menegaskan bahawa kami tidak bersalah dan mengesyorkan kepada suspek membuat laporan polis jika tidak berpuas hati dengan penerangan kami.

“Ketika itu suasana menjadi tegang dan kira-kira 15 orang rakan suspek yang datang ke rumah itu, mula campur tangan.

“Bila keadaan menjadi kalut, saya ajak adik dan rakan melarikan diri melalui pintu belakang.

“Kami dikejar kumpulan remaja yang membawa pedang hingga ke dalam semak," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Besut, hari ini.

Menurutnya, ketika melarikan diri, nasib tidak menyebelahi adiknya kerana tidak dapat berlari laju akibat kecederaan lutut lalu jatuh di satu kawasan semak sebelum ditetak sekumpulan lelaki berkenaan, katanya.

"Dari jarak kira-kira 50 meter saya dapat lihat adik ditetak hingga membawa maut. Saya sempat menyorok dalam semak untuk menyelamatkan diri selama lebih setengah jam sebelum keluar mendapatkan bantuan penduduk kampung," katanya sebak.

Nik Mud terkilan tidak dapat membantu adiknya namun ketika kejadian, dia tidak membawa telefon bimbit untuk memohon bantuan.

Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Kuala Besut selepas Asar, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan dan menjangka dapat menangkap semua suspek tidak lama lagi. Sumber Berita: Harian Metro
Gambar Facebook Group
Gambar Facebook Group
loading...

COMMENTS

Nama

Artis,165,Artis Dalam Negara,78,Artis Luar Negara,49,Berita Menarik,907,Berita Semasa,759,Binatang,17,Cabul,16,Curang,18,Curi,1,Dera,19,Gaduh,24,Gambar,39,Islam,106,Kantoi Luar Negara,56,Kecuaian,8,Kejam,88,Kemalangan,26,Kes Bunuh,68,Kes Kantoi,325,Kes Rogol,223,Kesihatan,63,Kisah Nabi,1,Luar Negara,792,Makanan,9,Maksiat,27,Marah,12,Movie,2,Movie Trailer,4,Penipuan,11,Perang,7,Politik,84,Politik Dalam Negara,53,Politik Luar Negara,4,Puasa,12,Pukul,45,Rogol Dalam Negara,29,Rogol Luar Negara,32,Rompak,7,Rumah Tangga,265,Samseng,12,Samun,6,Sedih,27,Selebriti,13,Seram,8,Sesat,4,Sukan,53,Sukan Dalam Negara,17,Sukan Luar Negara,13,Sumbang Mahram,6,Video,546,Video Dalam Negara,95,Video Kantoi,50,Video Luar Negara,122,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Adik Maut Ditetak, Abang Tidak Dapat Berbuat Apa-Apa Selain Menyorok Dalam Semak
Adik Maut Ditetak, Abang Tidak Dapat Berbuat Apa-Apa Selain Menyorok Dalam Semak
lelaki maut ditetak sekumpulan remaja di Kampung Pengkalan Nyireh, Besut, semalam, disaksikan sendiri abang mangsa namun tidak dapat berbuat apa-apa selain menyorok dalam semak
https://4.bp.blogspot.com/-L1KtDIgh0Ws/WUvy2QX2aRI/AAAAAAAAka0/gkOrUA8iOxIEQq0GoWIVO4z8a5xzw4XmACLcBGAs/s1600/wj.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-L1KtDIgh0Ws/WUvy2QX2aRI/AAAAAAAAka0/gkOrUA8iOxIEQq0GoWIVO4z8a5xzw4XmACLcBGAs/s72-c/wj.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2017/06/adik-maut-ditetak-abang-tidak-dapat.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2017/06/adik-maut-ditetak-abang-tidak-dapat.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy