5 Kisah Paling Mengejutkan Dari Fail Aduan Ahlong PPIM

5 KISAH PALING MENGEJUTKAN DARI FAIL ADUAN AHLONG PPIM!

1. AHLONG MENGGANAS! BAKAR RUMAH & KENDERAAN MANGSA!
Seorang mangsa Ahlong terpaksa hidup seperti pelarian kerana risau akan keselamatan diri dan keluarganya kerana telah beberapa kali diugut bun*h apabila mangsa gagal membayar pinjaman pada tarikh yang ditetapkan. Ahlong tersebut bertindak membakar Rumah dan kenderaan mangsa ketika mangsa dan keluarganya berada di dalam rumah, namun mereka sekeluarga sempat menyelamatkan diri.

Kerugian Dianggarkan berjumlah RM45 Ribu setelah rumahnya disimbahi cat merah & keretanya pula dibakar. Menurut aduan yang diterima, mangsa yang merupakan seorang kontraktor telah terjebak dengan Ahlong setelah lewat menerima bayaran dari projek yang diusahakan. Mangsa terpaksa meminjam dari Ahlong untuk menampung kos seharian. Buntu tanpa jalan penyelesaian, mangsa memohon bantuan PPIM untuk menyelesaikan hutang berjumlah RM150,000.00.

2. PENGETUA PECAH AMANAH, GADAI 2 PUSAT TAHFIZ!
Seorang pengetua tahfiz di Perak sanggup menggadaikan 2 bangunan yang diwakafkan sebagai asrama tahfiz kepada Ahlong. Segalanya bermula apabila beliau mula melabur dalam skim forex kerana ingin mendapatkan pulangan yang lumayan.

Akibat sifat tamak menguasai diri, ustaz tersebut sanggup menggadai 2 buah bangunan yang dijadikan asrama tahfiz kepada Ahlong untuk mendapatkan pinjaman berjumlah RM200,000.00.

Wang tersebut kemudiannya dilaburkan kepada skim forex dengan harapan mendapat pulangan yang berlipat ganda. Malangnya, pelaburan tersebut bukan sahaja tidak memberikan sebarang pulangan malah modal berjumlah RM200,000.00 turut hangus. Sedar akan kesilapan yang dilakukan, ustaz tersebut telah datang ke PPIM untuk membuat aduan.

Hasil siasatan PPIM mendapati hutang yang pada awalnya berjumlah RM200,000.00 telah meningkat kepada RM600,000.00 akibat bunga yang dikenakan oleh Ahlong. Setelah perancangan teliti dibuat, Alhamdullilah PPIM dengan kerjasama pihak Polis berjaya menahan Ahlong yang terlibat untuk siasatan lanjut.

3. PINJAM RM5,000 AHLONG TUNTUT RM1 JUTA!
Mangsa pada awalnya membuat pinjaman RM5,000.00 dari Pemberi Pinjaman Wang Berlesen namun atas taktik licik pinjaman tersebut berubah menjadi pinjaman Ahlong.

Mangsa telah pun membayar RM60,000.00 namun Ahlong masih menuntut RM1 juta dan merampas pasport, surat beranak serta melibatkan seluruh ahli keluarga mangsa dalam pinjaman tersebut.

Ugutan Ahlong menyebabkan mangsa menghadapi pelbagai kesukaran sehingga terpaksa menggadaikan harta miliknya dan keluarga demi membayar segala tuntutan. Kes ini berjaya diselesaikan dengan baik dalam tempoh 3 minggu oleh Unit Banteras Ceti Haram PPIM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa mengucapkan jutaan terima kasih kepada PPIM & PDRM kerana telah banyak membantu mereka dalam pelbagai aspek.

4. ISTERI DERITA AKIBAT SUAMI ALIM BERJUDI SEHINGGA BERHUTANG AHLONG
Seorang wanita terpaksa menanggung derita apabila suaminya yang dulu berpewatakan alim berubah setelah terjebak dengan kegiatan judi dan sanggup berhutang dengan Ahlong semata-mata untuk memuaskan nafsunya.

PPIM dimaklumkan suami mangsa berubah setelah 4 tahun mereka mendirikan rumah tangga dan dikurniakan 3 cahaya mata. Keadaan bertambah parah apabila Ahlong mula mengganggu dan mengugut keluarga mangsa setelah suaminya beberapa kali gagal untuk membayar bunga yang ditetapkan. Seperti jatuh ditimpa tangga,mangsa telah dihalau oleh ibu bapa kandung sendiri kerana bimbang akan terlibat dalam masalah yang dihadapi mangsa.

Buntu dengan masalah yang dihadapi, mangsa telah membuat aduan kepada Unit Banteras Ceti Haram PPIM. Alhamdulillah, setelah beberapa usaha dilakukan, unit banteras ceti haram PPIM berjaya menyelesaikan masalah Ahlong yang dihadapi mangsa.

5. WANITA CUBA BUNUH DIRI AKIBAT TEKANAN HUTANG AHLONG!
Akibat terlalu suka berfoya foya dan inginkan gaya hidup mewah , seorang wanita berjawatan tinggi dalam sebuah syarikat terkemuka sanggup berhutang dengan Ahlong.

Mangsa yang berkawan dengan golongan VIP terpaksa berbelanja melebihi kemampuan kerana tidak mahu ketinggalan dengan gaya hidup mewah rakan-rakannya.

Mangsa mula meminjam dari Ahlong apabila tidak mampu untuk mengekalkan kehidupan mewah yang dikecapi selama ini dan mula meminta wang dari ahli keluarga apabila gagal membayar bunga yang dituntut oleh Ahlong. Pada bulan disember yang lepas, mangsa telah mengugut untuk membunuh diri apabila wang yang diminta tidak diberikan oleh ahli keluarga.

Risau dengan keadaan mangsa, Ibunya telah datang ke pejabat Unit Banteras Ceti haram PPIM untuk membuat aduan apabila mangsa sekali lagi mengugut untuk membunuh diri, hasil kerjasama pantas oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), wanita tersebut telah ditahan di kediamannya dengan beberapa kesan luka di tangan akibat ditoreh menggunakan pisau. Mangsa telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Hasil perbincang dengan ahli keluarga mangsa, Alhamdulillah kes Ahlong mangsa berjaya diselesaikan oleh Unit Banteras Ceti Haram PPIM.

“Sekiranya anda atau kenalan mempunyai masalah berkaitan Ah Long, kami nasihatkan anda untuk segera melaporkan aduan kepada Unit Banteras Ceti Haram PPIM bagi mendapatkan bantuan"

Mengikut pengalaman kami, ramai mangsa Ahlong mula terjerat kerana menyangka mereka mampu berurusan secara sendiri dengan Ahlong tanpa sebarang masalah. Untuk makluman semua, Ahlong menggunakan pelbagai taktik licik dan zalim untuk memerangkap mangsanya. Bunga yang tidak masuk akal serta ugutan menyebabkan mereka yang meminjam dari Ahlong akhirnya menjadi hamba Ahlong untuk selama-lamanya.

PPIM melalui Unit Banteras Ceti Haram telah menyelesaikan ribuan kes Ahlong yang melibatkan nilai jutaan ringgit. Kejayaan demi kejayaan dicapai sekaligus membantu ribuan mangsa Ahlong serta mereka yang terbabit. Bantuan diberikan tidak mengira Bangsa & Agama.

Jangan Takut, Jangan Malu, Bertindak Sebelum Terlambat!

Unit Banteras Ceti Haram PPIM boleh dihubungi ditalian 013-3071 999 atau 019-3458 444.

Kami menasihati masyarakat jangan sesekali meminjam dari Ahlong!

" Sebaik Sahaja Anda Meminjam, Seumur Hidup Anda Berhutang"

Unit Banteras Ceti Haram
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
70X, Jalan Keramat Hujung
Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur
013-3071 999 / 019-3458 444
03-4257 7222 / 03-4256 6618

Bagi membuat temujanji, sila layari:
ahlong.ppim.org.my

Sebarkan maklumat ini kepada kenalan anda atau mangsa Ahlong.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.