39 Saksi Dipanggil Bagi Kenyataan Berhubung Tragedi Berbasikal Yang Meragut 8 Nyawa.

Johor Baharu – Kes kemalangan paling ngeri yang membabitkan lapan remaja berbasikal yang maut selepas sebuah kenderaan melanggar mereka semua masih lagi segar di ingatan netizen.

Kejadian yang amat menyayat hati ini masih lagi belum mendapat pengadilan yang sewajarnya dan kes terbabit masih lagi berjalan di makhamah.

Terbaru, seramai 39 saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan di Mahkamah Majistret Trafik di sini pada perbicaraan seorang jurujual wanita yang dituduh memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja pada Februari lalu.

Sam Ka Ting, 22 tahun, sebelum ini mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan memandu kereta secara melulu dan berbahaya di Jalan Lingkaran Dalam sehingga mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal.

Majistret Siti Hajar Ali turut menetapkan 14 hari untuk perbicaraan itu antara 28 Ogos hingga 7 Disember 2017.

Perbicaraan akan berlangsung dari 28 hingga 30 Ogos, 4 hingga 7 September, 28 hingga 30 November dan 4 hingga 7 Disember.

Tarikh itu dicadangkan pihak pendakwaan yang diketuai Pengarah Pendakwaan negeri Roslan Mat Nor dan dipersetujui pihak pembelaan yang diwakili peguam Faizal Mokhtar Terdahulu pihak pendakwaan memaklumkan semua dokumen yang diperlukan membabitkan kes itu sudah diserahkan kepada pihak pembelaan dan mahkamah menetapkan hari ini sebagai sebutan akhir kes.

Sam didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000 selain lesen memandu digantung. – Bernama

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.