2 Video Pakatan Harapan Diusir Dari Bagi Kurma Di Bazar Ramadan Kluang

Bulan Ramadhan adalah satu bulan dimana orang berlumba-lumba membuat amal kebajikan, sebagai seorang yang beragama Islam sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada orang bukan Islam supaya kita tidak di hina.

Tidak kiralah walau parti politik mana sekali pun yang menghulurkan tangan memberikan sumbangan berbuka puasa, seharusnya kita sebagai umat Islam menyambutnya dengan tangan yang terbuka serta menerima niat baik mereka itu dengan hati yang terbuka dan bukannya memandang serong terhadap mereka.

Seperti yang di petik daripada laporan Free Malaysia Today, sekumpulan pemuda dirakam menghalang dan mengusir pasukan Pakatan Harapan yang mengedarkan kurma di bazar Ramadan di Kluang, Johor hari ini.

Perbuatan tersebut seakan menggambarkan sikap umat Islam yang memandang serong terhadap agama lain serta tidak menghormati niat murni mereka.

Berdasarkan rakaman video yang diterima FMT, kumpulan itu cuba menghalang Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan pemimpin DAP Johor Sheikh Omar Ali serta pasukan mereka memasuki bahagian tertentu bazar.

Menurut Sheikh Omar, aktiviti mengedar kurma dan ramah mesra dengan pengunjung bazar berjalan lancar dengan kerjasama urusetia yang menguruskan bahagian gerai menjual makanan dan kuih-muih.

“Namun kami amat kesal dengan apa yang berlaku setibanya kami di bahagian gerai menjual pakaian…Kami dimaki, dikasari dan dihalau oleh sekumpulan pemuda.

“Kami difahamkan urusetia yang menjaga kedua-dua bahagian ini adalah berbeza,” katanya dalam kenyataan ringkas.

Sheikh Omar mendakwa salah seorang pemuda terbabit pernah menghalang mereka memasuki bazar di bandar Kluang pada 2014.

Sheikh Omar dilihat cuba menenangkan keadaan ditengah-tengah provokasi kumpulan itu. Mereka juga mengancam memecahkan kamera pengunjung yang merakam kejadian itu.

“Bulan Ramadhan yang mulia ini tidak wajar dicemari dengan kebencian, kekerasan dan kata-kata. - Free Malaysia Today

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.