Wanita Saman Uber Sebagai Punca Alami Keguguran.

Kejadian yang tidak diduga sama sekali telah menyebabkan seorang wanita mengalami kerugian serta mengalami tekanan emosi sehingga mengakibatkan dia mengalami keguguran akibat daripada tekanan yang dihadapinya.

Namun begitu seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro, wanita tersebut yang menjadi mangsa samun pemandu Uber akan mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat perkhidmatan pengangkutan berkonsepkan teksi itu.

Mangsa kejadian, Wong Mei Yan, 26 tahun berkata, kejadian itu menyebabkan dia tertekan dan mengalami gangguan emosi sehingga mengalami keguguran.

“Saya mengalami keguguran seminggu selepas kejadian itu dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Uber akibat tekanan emosi serta kerugian ditanggung,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam kejadian jam 9.26 malam Ahad lalu, mangsa yang juga jurujual berusia 26 tahun menempah perkhidmatan itu untuk pulang ke rumahnya di Bandar Puchong Jaya dari sebuah pusat beli-belah di Bangsar.

Kereta yang sama turut membawa seorang lelaki yang duduk di kerusi penumpang hadapan, namun mangsa tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah kenderaan itu tiba berhampiran pusat perniagaan One Puchong. – Harian Metro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.