Wanita Dan 5 Lelaki Ditahan Pukul Pencabul Hingga Koma,

wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki berusia 31 tahun yang dibelasah hingga koma selepas didakwa mencabulnya di dalam tandas

ALOR SETAR: Lima individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki berusia 31 tahun yang dibelasah hingga koma selepas didakwa mencabul seorang pekerja kedai telekomunikasi di dalam tandas sebuah kompleks beli belah di Alor Setar, pada Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Rohana Omar ketika dihubungi memaklumkan, kesemua yang ditahan berusia belasan tahun hingga 20an.

Mereka ditahan lewat petang semalam sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar bagi dirakam percakapan.

Setakat ini, polis masih mengesan beberapa individu lain bagi melengkapkan kertas siasatan yang dibuka di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Kesemua yang ditahan telah direman bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian 4 petang Ahad, seorang lelaki yang berasal dari Yan didakwa cuba memeluk mangsa yang berusia 21 tahun di dalam tandas dari arah depan sebelum menekup mulut mangsa.

Dikatakan, berlaku pergelutan hampir sepuluh minit sebelum mangsa dapat meloloskan diri dan meminta bantuan awam sebelum lelaki terbabit dibelasah dengan teruk di bahagian muka dan kepala.

Lelaki berkenaan yang kemudiannya ditangkap oleh orang awam diserahkan kepada anggota Unit Peronda Polis (MPV) yang kemudian membawanya ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan.

Keadaan suspek dilaporkan masih kritikal dan dirawat di zon merah akibat kecederaan parah di kepala.

Menurut polis lagi, kakak lelaki berkenaan sudah membuat laporan polis berhubung kejadian yang menimpa adiknya. - Astro AWANI
loading...

COMMENTS

Nama

Artis,165,Artis Dalam Negara,78,Artis Luar Negara,49,Berita Menarik,911,Berita Semasa,764,Binatang,17,Bunuh Diri,1,Cabul,16,Curang,18,Curi,3,Dera,20,Gaduh,25,Gambar,40,Islam,106,Kantoi Luar Negara,57,Kecuaian,9,Kejam,91,Kemalangan,26,Kes Bunuh,69,Kes Kantoi,327,Kes Rogol,224,Kesihatan,63,Kisah Nabi,1,Luar Negara,793,Makanan,9,Maksiat,27,Marah,15,Movie,2,Movie Trailer,4,Penipuan,12,Perang,7,Politik,84,Politik Dalam Negara,53,Politik Luar Negara,4,Puasa,12,Pukul,47,Rogol Dalam Negara,30,Rogol Luar Negara,32,Rompak,7,Rumah Tangga,265,Samseng,13,Samun,6,Sedih,27,Selebriti,13,Seram,8,Sesat,4,Sukan,54,Sukan Dalam Negara,18,Sukan Luar Negara,13,Sumbang Mahram,6,Video,550,Video Dalam Negara,98,Video Kantoi,51,Video Luar Negara,123,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Wanita Dan 5 Lelaki Ditahan Pukul Pencabul Hingga Koma,
Wanita Dan 5 Lelaki Ditahan Pukul Pencabul Hingga Koma,
wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki berusia 31 tahun yang dibelasah hingga koma selepas didakwa mencabulnya di dalam tandas
https://1.bp.blogspot.com/-EAF5kgZp2sQ/WSz77xGms7I/AAAAAAAAjD8/z1FWc8s549IHV36iy8UO_3hkRwGucRqSwCLcB/s1600/Screenshot%2B%252820%2529.png
https://1.bp.blogspot.com/-EAF5kgZp2sQ/WSz77xGms7I/AAAAAAAAjD8/z1FWc8s549IHV36iy8UO_3hkRwGucRqSwCLcB/s72-c/Screenshot%2B%252820%2529.png
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2017/05/wanita-dan-5-lelaki-ditahan-pukul.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2017/05/wanita-dan-5-lelaki-ditahan-pukul.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy