Wanita Alami Detik Cemas Apabila Rambutnya Tersepit Di Pintu Kereta Api.

Perjalanan menggunakan kereta api bawah tanah sememangnya dapat menjimatkan masa, namun kita sering di ingatkan agar berhati-hati ketika menaikinya serta menjauhkan diri daripada pintu automatik tersebut selepas menaiki atau turun ke destinasi yang dituju.

Seorang wanita mengalami detik perjalanan yang luar biasa dari hari-harinya sebelum ini apabila rambutnya tersepit di pintu automatik kereta api bawah tanah tersebut di sepanjang perjalanan.

Kejadian tersebut berlaku ketika waktu puncak dengan kesesakkan yang teramat, wanita itu dikatakan cuba meloloskan diri masuk ke dalam kereta api tersebut walaupun ketika itu keadaan amat sesak dan pintu itu hampir tertutup.

Pada mulanya wanita tersebut menyangkakan bahawa kejadian tersebut hanya sementara kerana perhentian yang seterusnya hanya beberapa minit saja, namun sangkaannya meleset apabila pintu yang di sebelah bertentanganya yang terbuka dan bukannya pintu yang menyepit rambutnya.

Guangdong News melaporkan bahawa pekerja stesen tersebut telah memberikan tindak balas yang pantas berhubung kejadian tersebut, akan tetapi operasi kereta api bawah tanah tersebut tidak akan terjejas serta akan berjalan seperti biasa kerana keadaan tersebut tidak berapa berbahaya kepada wanita malang tersebut.

Mereka mencadangkan agar rambutnya di potong, akan tetapi wanita malang tersebut tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan tetap kekal di tempatnya sehinggalah berlarutan sehingga enam perhentian dan berhenti di penghujung stesen.

Wanita tersebut kelihatan amat tenang dan bersahaja sehinggalah pekerja stesen tersebut membukakan pintu yang meyebabkan rambutnya tersepit.

Mereka mencadangkan agar dia hanya mendapatkan model rambut yang cepat.

Walaubagaimanapun wanita tersebut dikatakan amat bernasib baik kerana rambutnya tersepit ketika dia mahu masuk kedalam dan bukannya ketika dia hendar beredar keluar.

Seperti yang dilaporkan pada awal minggu ini mengenai video yang tersebar luas di laman media sosial China di mana video tersebut menunjukkan seorang lelaki yang terpaksa berjalan bersam-sama di luar kereta api di stesen Jiangsu selepas jarinya tersepit di pintu kereta api tersebut ketika sedang keluar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.