Wanita 23 Tahun Lahirkan Anak Budak 16 Tahun Dalam Tandas

Apalah nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang ini, maruah mereka letakkan pada taraf yang paling rendah.

Jika orang tua dulu-dulu amat pentingkan maruah, kalau maruah tergadai pasti ada yang sanggup bunuh diri pun ada.

Tapi budak zaman sekarang ini terlampau diberi kebebasan oleh ibu bapa sehinggakan berlaku pergaulan bebas yang akhirnya merugikan diri sendiri.

Bila bergaul bebas pasti ada pihak ketiga yang berada ditengah-tengah menghasut untuk melakukan maksiat dan bila jadi begitu siap yang harus dipersalahkan.

Tapi baru-baru ini di laman Twitter telah viral mengenai kisah seorang wanita yang berusia 23 tahun telah melahirkan seorang bayi yang cukup sifatnya di dalam tandas secara bersendirian dan perkara itu telah disedari oleh rakan serumahnya.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila rakan serumah dia bertanyakan mengenai suaminya, dia hanya mendiamkan diri kerana dia belum berkahwin lagi dan anak yang dia lahirkan itu merupakan anak luar nikah.

Menurut pengguna Twitter bernama AujiJiji tersebut, bapa kepada bayi tersebut baru berusia 16 tahun serta bayi tersebut kini sedang dirawat di ICU akibat jangkitan kuman manakala wanita tersebut selamat namun kemaluannya terkoyak teruk akibat teknik bersalin yang salah yang dilakukannya secara bersendirian.

Bapa kepada bayi tersebut hanya datang menjenguk sekejap sahaja kemudian nak balik dengan alasan mak dia suruh balik.

Dahlah perempuan itu anak yatim piatu lepas itu budak lelaki itu pula hanya bekerja di Baskin Robin, barang baby pula memang tak ada satu apa pun, memang kasihan tengok baby itu tapi nak buat macam mana masalah ini mak bapak  dia yang cari sendiri.

Dahlah romemate dia itu tak tahu nak jaga orang pantang bagai ini, aku pun mampu tolong apa yang mampu sahaja dan tak tahulah apa nasib anak beranak ini di kemudian hari.

Baby boy dia ini memang comel sangat dan aku harap dia tidak menjadi mangsa keadaan, aku sudi tolong dia pun sebab aku tengok dia sanggup simpan baby ini dan tidak buat jenayah yang lagi berat seperti membunuh bayi yang tidak berdosa ini.

Dia tahu yang dia akan menanggung malu tapi dia sanggup simpan lagi itu bermakna dia tidak mahu menambahkan dosa dia lagi dengan menggugurkan bayi itu walaupun dia boleh saja melakukannya.-thereporter

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.