Video Lelaki Meraung Akibat Disebat Tular Di Media Sosial.

Sebuah video yang menampilkan seorang lelaki yang hanya memakai seluar pendek telah meraung kesakitan akibat disebat, menjadi viral selepas ia dimuat naik dalam media sosial.

Lelaki berkenaan meraung sambil meminta ampun namun dia tetap dipukul.

“Ampun pak…ampun pak,” kata lelaki itu.

Bagaimanapun tiada keterangan lanjut ditulis mengenai video berkenaan yang dipercayai dirakamkan di Indonesia.

Lokasi dan waktu kejadian juga tidak didedahkan. Namun ia dipercayai melibatkan seorang pemandu teksi. Bagaimanapun ada juga yang mendakwa lelaki yang disebat itu adalah seorang samseng.

Disebabkan tiada maklumat mengenai kejadian itu, maka banyaklah spekulasi yang dibuat oleh netizen.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.