Video Bayi Hampir Lemas Kerana Ibu Bapa Leka Main Handphone.

Telah banyak iklan di televisyen yang mengetengahkan isu kecuaian akibat telefon pintar ini, telefon memang pintar tapi orang yang menggunakannya janganlah kurang bijak pula.

Telah banyak kita lihat di kaca televisyen mengenai kecuaian ibu bapa yang sibuk menggunakan telefon pintar sehinggakan anak-anak di sebelah tidak di pedulikan, ada juga yang sibuk bermain handphone sehinggakan anak di sebelah hilang pun mereka tak sedar.

Itulah yang berlaku kepada seorang kanak-kanak yang telah di viralkan di media sosial. Hanya gara-gara leka dengan telefon bimbit, anak kepada sepasang suami isteri nyaris lemas di sebuah spa bayi dan kejadian tersebut dipercayai berlaku di Petaling jaya.

Rakaman insiden di spa bayi itu yang dipercayai berlaku pada tiga hari yang lalu menjadi tular di laman media sosial selepas dikongsi pengguna Facebook Anakku Kuku.

Bagaimanapun lokasi spa bayi itu tidak dinyatakan.

Dalam rakaman berdurasi 1 minit 37 saat itu, kanak-kanak itu dipercayai ditinggalkan di dalam kolam spa tersebut secara bersendirian.

Pasangan tersebut dipercayai ibu bapa mangsa duduk membelakangkan kolam spa itu sambil ‘bermain’ telefon bimbit masing-masing.

Semasa di dalam kolam spa itu, mangsa cuba berenang sebelum pelampungnya terbalik.

Kaki kanak-kanak itu terlihat terkapai-kapai hampir seminit sebelum insiden itu disedari pasangan terbabit.

Seorang lelaki dilihat bangun dan bergegas masuk ke dalam bilik spa sebelum mengangkat kanak-kanak itu keluar dari kolam tersebut.

Pasangan terbabit kemudian meletakkan kanak-kanak itu di atas meja sambil menepuk-nepuk belakangnya.

Namun nasib kanak-kanak malang itu masih tidak diketahui.

Video itu ditonton kira-kira 515,000 kali dan mendapat perkongsian sebanyak 17,539 di Facebook.

Insiden itu turut mendapat kecaman di kalangan netizen yang meluahkan rasa marah terhadap pasangan suami isteri tersebut.

“B**** tiada pengawasan langsung… di mana ibu bapa kanak-kanak itu?!!,” soal Fidot Honey.

“Amat menyentuh hati, saya tidak dapat bernafas ketika melihat rakaman ini,” kata Chai Ying.

“Saya juga. Saya harap kanak-kanak itu selamat. Tidak faham mengapa tiada sesiapa pun memantau kanak-kanak itu,” kata Jolyn Yuen. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.