Tujuh Kesan Air Mani Ditemui Di Atas Lantai, Kes Samun Dan Rogol Kedai Judi.
Pemilik pusat
judi di Kinrara, Puchong, yang video pekerjanya disamun dan dirogol dua lelaki
sehingga tular sudah tampil membuat laporan polis di Bandar Kinrara, hari ini.
Lelaki berusia 40 tahun itu hadir pada 4.23 petang, Sabtu,
mengesahkan kejadian berlaku di premisnya di Kinrara Niaga , Bandar Kinrara,
Puchong, kira-kira 11 pagi, pada 11 Mei lalu.
Sumber berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup
(CCTV) premis berkenaan, dua lelaki yang melakukan jenayah itu sudah dikenal
pasti.
Bagaimanapun, katanya, mangsa yang juga wanita warga
Indonesia dan seorang lagi pekerja premis itu lelaki warga Bangladesh
menghilangkan diri.
“Siasatan lanjut mendapati premis itu sudah ditutup dan
mesin judi dalam premis sudah dialihkan keluar.
“Apa yang ada hanya meja dan kerusi. Ketika kejadian pengadu
tiada di premis dan berada di Kuala Lumpur. Siasatan lanjut terhadap premis
akan dilakukan, ” katanya.
Menurutnya, tujuh kesan air mani ditemui di atas lantai
tempat dipercayai suspek merogol mangsa.
Katanya, kesan cap jari di dinding dipercayai ketika suspek
merogol mangsa turut diambil.
Sumber berkata, dua lelaki itu turut disyaki terbabit kes
samun dan rogol di pusat judi di Taman Sentosa, Klang, 26 April lalu.
Video berkenaan mula viral pada 12 Mei.
Sehubungan itu, satu pasukan penyiasat khas sudah ditubuhkan
untuk menyiasat dan mengenalpasti lokasi pusat judi yang didakwa berlakunya kes
samun dan rogol itu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad
Aminuddin Megat Alias, dipetik berkata pihaknya mengesan penyebaran rakaman itu
di media sosial.
Bagaimanapun, katanya, sehingga sebelah pagi, pada 13 Mei,
tiada pihak yang membuat laporan polis.
Ulasan
Catat Ulasan