Tak Cukup Besar, Saya Nak Tambah Saiz Lagi.-Wanita Miliki Payudara Gergasi,

California, Amerika Syarikat- Seorang wanita yang amat dikenali kerana memiliki payudara bersaiz gergasi dengan ukuran sebesar 137 sentimeter mengakui bahawa saiz payudaranya itu menyukarkan dia untuk tunduk memakai kasut.

Allegra Cole, 47 tahun bagaimanapun dikatakan masih tidak berpuas hati dengan saiz payudaranya walaupun berat payudaranya sahaja telah mencecah sehingga 9 kilogram.

Cole berkata bahawa dia ingin menjadi ikon kepada kaum wanita di luar sana yang memiliki payudara besar, jangan jadikan ia sebagai alasan tidak boleh berfesyen.

Cole ingin menunjukkan kepada wanita di luar sana walaupun memiliki payudara besar tetapi dia tetap boleh kelihatan elegan serta pada masa yang sama dia langsung tidak dikaitkan dengan industri lucah atau tarian bogel.

Semua itu bergantung kepada diri sendiri, saya sendiri bekerja sebagai tenaga pengajar bermain piano dan menjadi model dengan pendapatan melebihi RM427,000.

Setakat ini dia dikatakan telah menjalani tiga pembedahan membesarkan payudara yang menelan belanja sebanyak RM320,000, namun begitu dia telah mengatakan hasrat untuk menambah lagi saiz payudarnya itu.

Walaupun dia sendiri telah mengakui bahawa dengan saiz sekarang pun dia telah mengalami kesukaran untuk bergerak termasuklah untuk memakai kasut serta melepasi pintu, namun oleh kerana dia inginkan kepuasan yang lebih maka dia tetap akan menambah saiz payudaranya itu.-kosmo

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.