Syak Isteri Mempunyai Hubungan Sulit, Suami Bunuh Rakan Sekampung.

Akibat cemburu mengsyaki isteri mempunyai hubungan sulit dengan rakan sekampung, suami bunuh rakan di belakang rumah di Pekebun, Pengkalan Sungai Kerang, Padang Gajah, Taiping, 9.30 malam tadi.

Menurut laporan Harian Metro, lelaki terbabit dipercayai diserang dan dibunuh dengan menggunakan senjata tajam menyebabkan mengalami kecederaan di kepala, pipi dan lengan.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada orang awam pada 9.35 malam.

"Mangsa Wong Chee Kheong, 43, berasal dari Kampung Sungai Kerang dipercayai diserang dan dibunuh oleh lelaki berusia 34 tahun yang juga rakan sekampungnya.

"Hasil siasatan yang dijalankan mendapati punca serangan disyaki adalah disebabkan perasaan cemburu suspek dan marah susulan mengsyaki mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isteri suspek," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa dijumpai kira-kira 30 meter dari rumah suspek dan serangan dipercayai bermula dari belakang rumah suspek.

"Semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lamapau kerana memiliki dadah dan kini sudah menghilangkan diri bersama isterinya yang juga seorang warga Thailand.

"Polis sedang berusaha mengesan kedua-dua individu berkenaan dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Harrith Kam berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk dibedah siasat. - Harian Metro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.