"Suka Hati Akulah. Aku Ada Pangkat, Kau Pangkat apa?"-Makcik Sombong

Kisah benar keluhan dari seorang pengguna facebook Ashizi

Petang tadi ketika balik dari Putrajaya, terjumpa dua orang perempuan sombong dan bongkak tak kena gaya jalan yang bawa kereta Proton Perdana milik kerajaan. Nak masuk depan kereta, mereka tak mahu memberikan laluan malah kereta Myvi (warna jingga) saya dihimpit-himpit agar saya tidak dapat masuk.

Jalan tiga lorong menuju dua jalur, nak tak nak kena masuk juga. Dia juga dari jalur yang sama. Tapi bila dia sudah boleh masuk, dia tak nak bagi saya masuk di depan dia pula. Tidak ada masalah sangat kalau dia enggan beri laluan tetapi apa yang saya geram, dia siap buka tingkap, ambil telefon bimbit dengan tujuan ingin merakam gambar saya, sambil berkata,

"Langgarlah, ini kereta g *** n tahu .."

"Eh kak, sombong betul. Akak pun dari lorong sama dengan saya tadi, selit depan kereta orang, "balas saya.

"Suka hati akulah. Aku ada pangkat, kau pangkat apa? "Katanya dengan sombong sebelum menutup cermin tingkap kereta.

Saya dengar setiap patah perkataan dari mulut dia terang-terang. Tak apalah kak, berlagaklah dengan pangkat darjat akak itu. Saya ada video akak mengemudi di jalur darurat nak elak jalan sesak. Nombor pendaftaran pun sangat jelas. Orang yang sombong seperti akak pun Tuhan biasanya bagi balasan yang setimpal.

Tujuan saya upload status tentang makcik itu sebab geram dengan sikap dia yang berlagak nak mampus dengan pangkat dan kereta kerajaan dia itu. Saya bukan nak cari perhatian pun. Cerita itu semuanya benar dan bukan rekaan semata-mata

Saya belum gila nak viralkan cerita melibatkan orang lain. Baik saya upload status saya bahagia dengan keluarga saya. Buang waktu saja cerita tentang orang lain. Bila dah terkena batang hidung sendiri, baru kau tahu nanti.

Saya pun tunggu juga makcik itu viralkan muka saya sebab nak tahu juga jalan cerita versi dia sebab yang mula ambil gambar itu dia.

Kita hidup ini janganlah nak berlagak sombong dengan apa yang kita miliki kerana semua yang menjadi milik kita kalau tuhan berkehendak dalam sekelip mata saja boleh ditarik balik.

Hal lain, cukuplah saya upload gambar muka dia yang samar-samar itu. Yang lain-lain saya tak perlu dedahkan sebab saya sudah kirim kepada pihak yang seharusnya. Meskipun saya panas hati dengan dia, saya tak adalah sampai nak mengaibkan orang. Biarlah dia dikenakan tindakan berdasarkan saluran yang tepat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.