Suami Tinggalkan Isteri Ketika Sedang Sakit Di Hospital Selapas Gas Meletop Di Muka.

Malang menimpa seorang isteri apabila ditinggalkan suami ketika dalam keadaan sakit di hospital selepas terkena letupan gas yang mambakar keseluruhan muka dan anggota badannya.

Wanita ini menceritakan bagaimana hidupnya musnah selepas terkena letupan gas yang membakar dirinya.

Menurut laporan Suara.TV Courtney Cosper Waldon, 27, melecur tahap tiga di keseluruhan wajahnya dan 40 peratus pada tubuh badannya selepas gas yang dicurahkan ke unggun api meletup sebelum menyambar dirinya dalam kejadian September 2016.

Ibu kepada seorang anak perempuan itu kemudian dikejarkan ke hospital dan dikomakan secara perubatan selama sebulan.

Dua minggu kemudian, si suami mengambil keputusan untuk meninggalkan mangsa dan menyebabkan mangsa telah kehilangan tempat tinggal.

Mangsa terpaksa menjalani pembedahan laser setiap bulan dan kini perlahan-lahan membina semula kehidupannya demi anak perempuannya itu.

“Dari seorang wanita cantik, baru berkahwin, hidup sempurna kini terpaksa dengan keadaan yang sukar.

Nak berpakaian sendiri pun tidak mampu dan memerlukan bantuan untuk melakukan segala-galanya selain perlu mempelajari bagaimana nak melakukan perkara-perkara lain.

“Saya terpaksa belajar berjalan semula. Sungguh sukar untuk saya menerima keadaan ini. Pertama kali saya melihat diri saya dalam cermin, saya jatuh sakit dan hampir pengsan.

“Ia amat mengerikan dan rasa takut nak keluar dari rumah kerana ramai yang memandang seperti mereka ternampak hantu.

“Keadaan saya semakin baik, namun masih ditenung orang ramai. Saya sekarang dalam fasa menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling,” katanya.

Difahamkan sebelum kejadian itu, Courtney duduk menggelilingi unggun api sebelum petrol dicurahkan ke atas unggun api tersebut lalu meletup terkena padanya.
“Saya masih ingat setiap saat apa yang berlaku pada wakut itu. Saya terbakar, terjatuh dan bergolek di atas tanah. Saya menangis-nangis ketika menghubungi ambulans,” katanya.

Courtney ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (terbakar) selama 51 hari.

Selepas ditinggalkan suami, anak perempuannya yang berusia lima tahun itu mendorong dia untuk terus hidup.

“Ianya satu dugaan yang kuat apabila suami mengambil keputusan untuk meninggalkan saya. Saya cuba merayu agar dia kembali dan kata anak kami tidak sepatutnya menjadi mangsa di atas tindakannya itu. Tetapi dia kata dia tidak dapat menguruskan saya lagi.

“Pernah beberapa kali saya hampir berputus asa, tetapi saya perlu fikir tentang nasib anak saya. Mereka langsung tidak pernah membawanya ke hospital untuk melawat saya. Kali pertama saya melihatnya bila saya pulang ke rumah selepas dibenarkan keluar dari hospital.

“Pada awalnya dia teragak-agak dan kaku. Apabila mendengar suara saya, dia terus datang dan memeluk saya.

“Bila saya mempunyai masalah untuk belajar berjalan semula, dia akan menyuruh saya memegang tangannya,” katanya.

Selepas diisytiharkan sebagai OKU di atas kecederaan pada tangan, serta bil perubatan yang semakin meningkat, Courtney dan Caroline dipaksa untuk keluar dari rumah mereka.

Dua beranak itu kini dibantu oleh pihak gereja tempatan untuk membina rumah dan mnegumpul derma dari mereka yang prihatin.- Suara.TV

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.