Suami Kelar Leher Isteri Sebelum Bunuh Diri.

Melaka: sumai kelar leher isteri sebelum minum racun bunuh diri, lelaki warga emas berusia 65 tahun itu maut ketika dirawat di Hospital awal pagi ini,

Menurut laporan Harian Metro, si suami dikejarkan ke Hospital Melaka akibat meminum cecair dipercayai racun selepas kelar leher isterinya di Taman Kejora, Tebong, Alor Gajah, lewat petang semalam.

A Savariappan, 65, disahkan maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka, kira-kira 6 pagi.

Isterinya, A Sinnamah, 65, kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan sejak semalam.

Sumber-sumber berkata, Sinnamah sempat menelefon adik iparnya memberitahu suaminya bertindak agresif seperti dirasuk, pada 6.55 petang.

“Sebaik tiba di rumah itu, adik iparnya melihat abang dan kakak iparnya dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum kedua-duanya dikejarkan ke Hospital Melaka," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan A Asmadi Abd Aziz, berkata siasatan awal mendapati suspek meminum sejenis cecair kimia selepas kelar isterinya menggunakan pisau tumpul.

"Keadaan Sinnamah dilaporkan stabil manakala punca kejadian dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 324/309 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.