Saya Tak Berniat Bersikap Biadap Pada Datuk Seri Najib, Kata David Teo

Datuk David Teo menafikan kurang ajar terhadap Datuk Seri Najib dalam dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) malam tadi.

“Bukan niat saya untuk bersikap biadab kepada perdana menteri,” kata penerbit popular itu, mengulas insiden beliau ditumbuk pelakon veteran Mat Over.

Majlis dialog TN50 bagi penggiat seni di kediaman rasmi perdana menteri dikendalikan oleh pengarah dan pelakon terkenal Datuk Rosyam Nor.

“Saya cuma beritahu Rosyam sebahagian peserta tidak diberikan peluang yang sama (untuk bercakap),” kata Teo seperti dilapor The Star Online hari ini.

“Saya belum bercakap dengan perdana menteri. Saya tiada masalah dengan sesiapa. Bagaimana saya dikatakan biadab dengan perdana menteri?”

Menurut Sinar Harian, kejadian bermula apabila penerbit itu merampas mikrofon daripada Rosyam selaku moderator.

Tindakan Teo itu untuk menyuarakan pendapatnya supaya penggiat seni di barisan belakang dapat peluang untuk bercakap.

Berdasarkan rakaman video, Mat Over atau Sulaiman Yasin kemudian meluru ke arah Teo, pemilik Metrowealth Pictures (MiG), sebelum menamparnya di depan Najib.

Sementara itu, Persatuan Penerbit TV Malaysia (PTVM) mempertahankan ahlinya Teo, dengan menyatakan beliau tidak berniat “biadap atau merosakkan majlis”.

Presidennya Datuk Jurey Latiff Rosli berkata insiden “memalukan” itu berlaku tanpa dirancang dan mahu semua pihak bertanggungjawab.

“Akhirnya objektif dan niat baik perdana menteri telah tenggelam oleh isu lempang.

“Pengisian program dan perancangan untuk kemajuan industri kreatif serta masa depan penggiat seni tidak diperkatakan.

“Ini satu kerugian yang besar di mana peluang baik ini disia-siakan dengan insiden buruk ini,” katanya dalam satu kenyataan. – MalayMail

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.