Refleksi Pada Cermin Di Belakang Dedah Lelaki Ini Rakam Wanita Dalam MRT

Kerapkah anda menggunakan pengangkutan awam? Pernah rasa diri anda diperhatikan? Mungkin bukan secara langsung tetapi dengan menggunakan gajet seperti telefon bimbit atau kamera.

Jangan terkejut kerana perkara sedemikian boleh berlaku dan baru-baru ini di Singapura, seorang lelaki ditangkap pihak berkuasa kerana berbuat demikian.

Mujur refleksi pada cermin di belakang tempat duduknya mendedahkan apa yang dilakukan lelaki itu dan menyedarkan penumpang wanita yang menjadi mangsanya.

Kejadian berlaku di dalam tren MRT ketika mangsa menaiki kereta api di Outram ke Harbourfront, Singapura.

Lelaki yang dikenalpasti sebagai Suraj menggunakan telefon pintarnya merakam wanita yang duduk di depannya.

Menyedari perbuatan itu, mangsa wanita itu pula menggunakan IPad miliknya untuk merakam aksi lelaki itu dan refleksi rakaman lelaki itu pada cermin tingkap.

Sebaik perkara itu dilapor kepada polis, lelaki itu enggan mengaku salah malah didapati sudah memadam rakaman di dalam telefon bimbitnya.

Namun sejurus selepas ditunjukkan bukti rakaman daripada mangsa, lelaki itu meminta maaf atas perbuatannya.

Polis juga mendapati lelaki itu turut menyimpan video lucah yang lain di dalam telefon bimbitnya.- Free Malaysia Today

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.