Penyanyi Wanita Popular Tahun 90-an Dipenjara

Masih ingat ke dengan Irena penyanyi dangdut kumpulan Dewi yang popular sekitar 90-an, beliau dihukum penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam

Irene dihukum penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas dua pertuduhan memiliki syabu dan pil Erimin 5, lima tahun lalu.

Majistret Haslinda A Raof menjatuhkan hukuman itu terhadap Irene atau nama sebenarnya, Noor Azreen Mohd Johari, 37, selepas dia mengaku bersalah sebaik dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Irene didakwa memiliki dadah masing-masing jenis methamphetamine (syabu) seberat 0.28 gram dan nimetazepam (Erimin 5) seberat 0.95 gram.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Cangkat Permata, Taman Permata, di sini, jam 1.30 pagi pada 9 Oktober 2012.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama.

Terdahulu, Irene yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana dia hanya bekerja sebagai pekerja sambilan di sebuah syarikat telekomunikasi dan perlu menanggung enam anak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.