Pengemis Lagi Kaya, Wang Tunai RM8,000 Dalam Bank RM40,000

Sebelum ini kisah pengemis mempunyai lebih banyak wang daripada si pemberi telah kecoh di media sosial, namun rakyat Malaysia yang pemurah membuatkan segelintir pengemis menggambil kesempatan untuk hidup mewah.

Siapa sangka dengan hanya duduk di tepi jalan dan menadah tangan meraih simpati orang ramai, kita tidak boleh memandangkan rendah kepada golongan pengemis hari ini kerana mereka mungkin mempunyai lebih banyak wang daripada si pemberi.

Buktinya, seorang wanita di Pulau Pinang yang ditemui mengemis di jalanan sebagai satu cara untuk meneruskan hidup ternyata mengejutkan pegawai-pegawai kebajikan apabila pengemis itu mempunyai wang tunai RM8,000 bersamanya – yang mungkin melebihi apa yang dimiliki oleh segelintir daripada kita.

Lebih mengejutkan, pemeriksaan lanjut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang dalam satu operasi pada 24 Mei itu juga mendedahkan wanita berkenaan memiliki RM40,000 dalam akaun simpanan tetap dan sebuah rumah di tengah-tengah bandar Georgetown – yang mana sudah tentu, tidak murah.

Malahan, pengemis itu mampu perolehi sehingga RM400 sehari, selain diberi makanan percuma, lapor akhbar China Press.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Phee Boon Poh dipetik sebagai berkata, golongan pengemis itu turut menikmati akses percuma untuk mandi, tempat cas bateri dan berehat.

“Ramai dalam kalangan pengemis yang diselamatkan oleh jabatan kebajikan kembali kepada kehidupan lama mereka, dan mula mengemis di jalanan.

“Pegawai-pegawai mengatakan bahawa pengemis terbabit tidak mempunyai ahli keluarga mahupun waris, jadi dia mengemis di jalanan,” kata Phee dilapor akhbar tersebut.

Pada awal tahun lepas, JKM negeri menahan 201 pengemis, di mana 142 adalah rakyat tempatan selepas menjalankan 150 operasi di Pulau Pinang.

Berdasarkan maklumat diperolehi pihak berkuasa ketika operasi juga mendapati beberapa pengemis mampu mendapat sehingga RM1,000 sehari.

“Ia adalah kerana kemurahan hati rakyat Malaysia yang memberikan peluang kepada pengemis untuk mengambil kesempatan pada kebaikan mereka,” kata Pengarahnya, Said Sidup. – mD

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.