Pencuri Cuai, Tertinggal Kad Pengenalan.

Sepandai-pandai mencuri akhirnya terkantoi juga, itulah yang berlaku kepada seorang pencuri yang mencuri di sebuah sekolah di sini hari ini.

Dibulan yang mulia ini pun nak buat kerja haram macam ini, apa tak takut dosa ker. Kalau kena tangkap tak pasal-pasal raya dekat dalam lokaplah kau.

Merujuk kepada laporan yang di petik dari sinar harian, walaupun berjaya mencuri wang tunai di sebuah sekolah di Taman Sri Rampai, namun malang nasib pencuri itu kerana tertinggal kad pengenalannya.

Kejadian yang berlaku kelmarin itu disedari oleh seorang guru kira-kira jam 2.40 pagi sebelum pemeriksaan di dalam bilik guru dapati wang tunai berjumlah RM120 yang disimpan di dalam beg duit telah hilang.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, guru terbabit dapati pintu grill bilik tersebut mempunyai kesan dipotong.

“Ditemui di situ adalah alat pemotong, topi keledar selain sebuah beg berwarna coklat milik suspek yang tertinggal di tangga tingkat satu.

“Setelah diperiksa, beg tersebut mengandungi kad pengenalan dipercayai milik suspek serta telefon bimbit,” katanya.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, kira-kira jam 10.30 pagi, hari kejadian, polis telah pergi ke sebuah rumah pangsa di Setapak Jaya dan menahan seorang lelaki.

Katanya, soal siasat lelaki tersebut mengaku terlibat dalam kes curi di sekolah terbabit bersama tiga lagi rakannya.

Kemudian, susulan itu, dengan dipandu oleh suspek tersebut, polis telah menahan tiga lagi lelaki dalam tangkapan berasingan di sekitar daerah Wangsa Maju.

“Kesemua tangkapan berusia 15 hingga 18 tahun dibawa ke Balai Polis Wangsa Maju untuk siasatan lanjut. Kita telah buat semakan dapati kesemua mereka ini tidak memiliki rekod jenayah.

“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.-sinarharian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.