Pelajar Sendiri Hadir Sambutan Umno, Kami Tak Paksa Mereka.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjelaskan, parti itu tidak pernah memaksa mana-mana pihak untuk menyertai sambutan ulang tahun Umno ke-71.

Menyifatkan isu itu sengaja 'diputar belit', Tengku Adnan berkata pelajar berkenaan sendiri meminta untuk hadir ke acara itu semalam.

"Banyak diputarbelit, memang ada pelajar hadir. Mereka minta untuk hadir jadi kita jemput jelah. Ada daripada mereka dari UniKL, UiTM, ada juga ada universiti lain yang datang.

"Jadi kita biarkan (mereka nak datang). Mereka datang sebagai NGO.

"Janganlah tuduh kita paksa mereka (pelajar). Kita tidak pernah paksa sesiapa," katanya ketika ditemui pemberita di Putrajaya hari ini.
Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa acara semalam bukanlah himpunan parti politik, sebaliknya sambutan ulang tahun ke-71 sebuah parti politik.

"Ia bukan himpunan politik. Ia adalah sambutan ke-71 parti kita. Bukan himpunan politik," kata anggota parlimen Putrajaya itu lagi.-Malaysiakini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.